Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 20, 2012

[Gilo Kuasa] Nik Aziz ulangi pendirian mahu tanding PRU

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.

Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama

4 comments:

  1. org tua kutuk yg gila kuasa. inilah satu lagi contoh melayu BANGSAT !

    ReplyDelete
  2. bukan gilo kuasa je tapi gilo pitih sebenarnye

    ReplyDelete
  3. Biarkan ... biarkan lah ... TGNA ni nak tanding selagi boleh ... nanti kita boleh dengar lagi fatwa-fatwanya yg dikatakan hebat oleh pengikut PAS.

    Jika dia mati sekali pun ... jika TGNA dicalonkan oleh pengikut PAS utk sebarang jawatan (termasuk wakil rakyat) ... biarkan ... biarkan lah.

    ReplyDelete
  4. ini la ularmak lidah bewak, dulu kata kalau Tun M letak jawatan dia pun akan letak jawatan. Tapi la ni dok kona baring nak terus bertanding pru13

    ReplyDelete