Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, December 15, 2012

Maxis perkenal iPhone 5

MAXIS Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu negara, menawarkan peranti terkini telefon pintar iPhone 5 yang telah sekian lama dinantikan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dengan iPhone 5, pelanggan dapat menyambung kepada rangkaian 2G dan 3G Maxis yang terpantas dan terluas serta perkhidmatan 4G LTE yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

iPhone 5 boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Niaga Eksklusif Maxis (MEPs) di seluruh negara, bermula semalam.

Ketua Pegawai Operasi Bersamanya, Suren J Amarasekera berkata, Maxis adalah yang pertama untuk membawa iPhone dalam negara tiga tahun yang lalu, dan sekali lagi membawa iPhone 5 kepada pelanggan.


"Kami bukan sahaja menawarkan pelan iValue yang menarik dan dipertingkatkan, tetapi juga aplikasi Maxis eksklusif seperti Maxis Traffic, Loker dengan 10GB ruang penyimpanan awan dan Visual Voicemail, ciri baru yang membolehkan pelanggan menguruskan mel suara melalui antara muka (interface)," katanya.

Maxis turut memberikan tawaran istimewa bagi ahli Maxis One Club (MOC) dengan diskaun tambahan bagi iPhone  5 apabila memilih pelan iValue 2 atau ke atas. Pelanggan yang melanggan Maxis (pasca bayar) lebih setahun dengan kadar bulanan minimum RM150 ke atas turut di naik taraf secara automatik ke status ahli MOC.

No comments:

Post a Comment