Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 7, 2012

[Macam Macam Ada] Perlis tuntut royalti jika Kelantan dapat

Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan.

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya.

"Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah  laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

"Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.

"Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini.

"Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya.

"Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.

7 comments:

  1. kalau bini Shahidan ada lebih 100km dari laki dia,maknanya semua jantan boleh kongsi,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini ajaran tuan guru mana? Haji Hadi atau Nik Aziz.

      Delete
  2. woi anon 4:16 kau jangan la bebal sangat.tapi memng bodoh pun. nak buat camner..

    ReplyDelete
  3. mungkin, masa sekolah menengah perlu ada pendedahan mengenai kanun tanah negara kpd para pelajar. Apabila dah tua dan meningkat usia, ditambah pula dengan hasutan manusia beginilah jadinya. Mereka kurang ilmu dalam menentukan hak sesama rakyat jelata.

    negara kita ada undang2, makanya ikutilah undang2 yang telah ditetapkan
    untuk kebaikan bersama.

    pada yang masih keliru dan ragu2, sila rujuk kanun tanah negara, hak kita di tahap mana sahaja. oleh itu, bertindak menggunakan akal yang Allah berikan pada kita semua.

    -Dina-

    ReplyDelete
  4. Haha anonymous no 1. Guna contoh mcm tok guru dia. Bdk2 nyer otak. Semua contoh nk kait ngn laki bini. Otak tk berkembang.

    ReplyDelete
  5. Aku setuju ngan Anonymous 6:40PM

    ReplyDelete
  6. tak baca perjanjian terbaru ke?

    ReplyDelete