Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 7, 2012

Roboh Kuil Hindu, Masyarakat India Mulai Sedar Mereka Telah Tertipu [oleh Regim Pakatan Selangor]


20 November lalu, anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) telah diarahkan untuk menceroboh dan merobohkan tempat ibadat yang dibina di dalam pekarangan rumah S.Gobi Kumar di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Tindakan tersebut diambil kononnya, pembinaan struktur berkenaan melanggar syarat-syarat kecil MPSp.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jeyakumar yang merupakan penganut Katholik, pada mulanya telah membela tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut selari dengan undang-undang.


Bagaimanapun, kemarahan masyarakat Hindu, telah menyaksikan lidah Xavier Jeyakumar. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menekan butang panik dan pada 6 Disember satu siasatan kononnya akan diadakan untuk mengenalpasti apa yang berlaku pada 20 November lalu. Xavier diberikan masa selama dua minggu untuk menyelesaikannya.
Xavier dalam usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat berkata, semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor pada 2008, arahan telah dikeluarkan agar semua rumah ibadat yang wujud sebelum 2008 tidak dirobohkan.

Dalam kejadian di Sepang itu, tempat sembahyang yang dirobohkan itu adalah di dalam kawasan rumah milik persendirian. Tindakan perobohan tersebut dilihat sebagai mencabuli Perlembagaan Persekutuan yang bersangkutan tentang Kebebasan Beragama. Pembinaan mahupun perobohan sebarang struktur bangunan atau rumah ibadat memerlukan pengesahan dari mahkamah. Bagaimanapun, pembinaan di dalam kawasan rumah atau kawasan persendirian, merupakan hak individu, apatah lagi pembinaan tersebut tidak membabitkan perubahan struktur bangunan yang memerlukan kelulusan PBT.


Sikap Pakatan Rakyat Selangor yang memusuhi penganut agama Hindu itu telah mendorong satu demonstrasi aman di Dataran Shah Alam jam 11:00 pagi tadi membabitkan kehadiran seramai 300 orang. Antara pemimpin yang hadir adalah T. Mohan, Ketua Pemuda MIC Pusat, Kalaivanar, Pengerusi Nambikai, S. Vikneswaran dari Malaysian Indian Youth Development Foundation, V.Mugilan dari Malaysian Indian Vision Foundation, M.Mohana dari Power Malaysian, Shanker, Ketua Pemuda MIC Selangor, M.Suppiah, Ketua Pemuda MIC Shah Alam dan Sivaraj, Setiausaha MIC Pusat.

Jam 11:15 pagi, peserta demonstrasi tersebut bergerak ke bangunan SUK.

Terdapat sekurang-kurangnya 7 sepanduk yang dibawa oleh peserta-peserta demonstrasi.

‘NGO Perimbam Bantah Pecah Kuil Di Malaysia’
‘Xavier Letak Jawatan Penipu’
‘PR Penipu Rakyat Roboh 7 Kuil Di Selangor’
‘Jahanam PAS Muktamar PAS Kolot’
‘Mana Janji Berhenti Roboh Kuil?’
‘Pecah Kuil Bagaikan Bunuh Kami’
‘Save Our 21 Years Temple’

Masyarakat Hindu di Selangor dan di seluruh Malaysia sebenarnya telah banyak dipermain-mainkan oleh Pakatan Rakyat. Pada PRU12 tahun 2008, Pakatan Rakyat telah menggunakan kempen kononnya kerajaan Barisan Nasional banyak merobohkan kuil-kuil Hindu di seluruh negara.

Antara yang menjadi bahan kempen Pakatan Rakyat adalah perobohan kuil Hindu di Ampang. Kuil berkenaan telah didirikan di atas tanah milik persendirian dan statusnya adalah menceroboh. Tindakan meroboh tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tuan punya tanah telah mendapatkan perintah mahkamah.
Pakatan Rakyat bagaimanapun, membuat tohmahan kononnya yang merobohkan kuil tersebut adalah UMNO.


Masalah kuil Hindu di seluruh Malaysia sebenarnya tidak sebesar mana. Bagaimanapun, campurtangan daripada orang politik yang berkepentingan, menyaksikan masalah kuil-kuil Hindu terutama yang dibina di atas tanah milik orang lain, tanah kerajaan, rezab jalan, rezab sungai dan sebagainya semakin hari semakin merumitkan.

Namun dalam kes di Sepang, ianya merupakan satu pencabulan yang sangat jelas, memandangkan yang dirobohkan itu bukanlah kuil, sebaliknya tempat sembahyang atau altar yang dibina di dalam kawasan rumah milik persendirian. Budaya membina altar sebenarnya sudah lama berlaku di Malaysia, malah semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO tidak pernah mengambil tindakan tegas dan sentiasa menanggapinya sebagai satu masalah yang boleh ditoleransikan.

Tindakan Pakatan Rakyat menceroboh dan memusnahkan tempat ibadat penganut Hindu, merupakan bukti jelas kebencian mereka kepada masyarakat Hindu yang sebelum ini telah diperdayakan oleh mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment