Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 7, 2012

[Bikin Panas] Mokhzani Mahathir Kembali ke Arena Politik ?


Satu penulisan menarik sahabat saya dari Kedah. Mungkin penulisan ini terhasil dari perbincangan beliau dan saya bersama-sama rakan-rakan Kelab Chedet dalam satu perjumpaan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru.

Cuma ada beberapa persoalan yang bermain di pemikiran saya tentang Datuk Mokhzani jika benar beliau mahu ataupun beliau diminta untuk kembali ke arena politik tanahair.

Saya biarkan persoalan-persoalan ini berlalu dengan harapan bahawa apa-apa pun keputusan beliau samada untuk terus menjadi ahli peniaga sehebat Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari ataupun menjadi pemimpin negara sehebat bapanya Tun Mahathir - sudah tentu ianya terbaik untuk rakyat, khususnya umat Islam di Malaysia.

Apa pandangan pembaca pula?

MOKHZANI, calon menang BN Kedah?

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir.

Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah parlimen pertama Tun bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka ‘magis’ dan ‘bisa’ negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah.

Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani. Beliau  adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihnraya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah.

Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Tun, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif  berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Tun Dr Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah.

Pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari UMNO Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf  antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk  mengumpul harta. Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' : 'Kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya'.


5 comments:

  1. Sokong Penuh.2 anak Tun barulah karan orang Kedfah kata...Oleh ahli Umno Jerlun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nampaknya memang orang Kedah akan sokong

      Delete
  2. Mampuih tok det dan konco2nya kalau mokhzani masuk politik umno kedah

    ReplyDelete
  3. Mokhzani mampu membantu kemenangan umno di Kedah

    ReplyDelete
  4. Tun M makin dalam bahaya.

    ReplyDelete