Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, December 8, 2012

TERKINI - MP Bebas Zahrain sertai semula UMNO

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR.

Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional. Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu.

Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

3 comments:

  1. Bila tak dapat kuasa keluarlah dia. Harus berhati-hati menerima orang seperti ini. Keikhlasan itu tidak dapat dinilai dari kata-kata. Kalau nak tahu ikhlas ke tidak tenguk nanti cara dia memperjuangkan dasar UMNO, untuk pankat dan kuasa ke atau untuk kebaikan Agama, Bangsa dan negara. Dia dah tenguk Senator Izam dan YB Zahid Hamidi berjaya naik semula dengan kekuatan UMNO jad dia pun ambil langkah yang sama... dah boleh baca puak-puak ni punya perangai.

    ReplyDelete
  2. Kes DS Zahrain ini lain sikit sebab dia sudah sekian lama meninggalkan PKR dan menyokong Kerajaan. Beliau memang tidak sehaluan dengan pemimpin PR...jadi relevanlah dia bersama UMNO...Dan BN dapatlah Tambah kerusi Parlimen satu lagi..MP Kulim bila lagi agaknya..dan yang lain-lain MP..? Syabas UMNO dapat satu MP lagi...Hahaha..Bayaran kepada lompatan Lajim. Oleh Mat Bond.

    ReplyDelete
  3. Hilang kepercayaan atau hilang sumber kewangan?

    ReplyDelete