Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 4, 2012

[Berkhalwat Bini Orang] Liow: Dr Hasan masih boleh merayu



Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwatnya bulan lepas, masih boleh merayu terhadap keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu.
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dr Hasan yang digantung tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan juga mempunyai pilihan bersara awal. 

"Biar beliau sendiri putuskan apa yang beliau mahu lakukan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulan kementerian serta pelancaran 'Clearinghouse for Researh on Disability', di sini hari ini.


 
Semalam, Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan, berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, dibuat mengikut Peraturan 33 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
 
SPA juga memutuskan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, jururawat Gred U41 yang merupakan pasangan Dr Hasan dalam kes khalwat itu, dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
 
Pada 14 Nov lepas, Dr Hasan dan Wan Syarifah Nooraazmanita didenda RM3,000 dan RM2,900 masing-masing oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di sini. - Bernama

2 comments:

  1. selagi menjadi ahli dan talibarut tegar UMNO @ BN. Beliau pasti selamat.

    ReplyDelete