AGAK menggelikan hati bila Anwar Ibrahim
muncul entah dari mana menafikan kaitannya dengannya pendedahan ahli
perniagaan Deepak Jaikishan yang baru-baru ini dilaporkan mengaitkan
Perdana Menteri dan isterinya dalam satu urusan perniagaan dengan
seorang Ketua Wanita UMNO negeri yang tidak menjadi.
Malah penulis dimaklumkan, balaci
pembangkang yang mati-mati percaya laporan Harakahdaily, Malaysiakini
dan Malaysian-chronicles mengenai kaitan PM dengan Deepak ini, pun
terperanjat kenapa Anwar tiba-tiba muncul dalam ‘itu gambar’.
Tidak pernah terlintas di kepala mereka
bahawa Anwar akan beri respon kepada tuduhan mengenai pembabitannya
dalam kes ini yang hanya dibuat oleh blogger-blogger UMNO. Pada para
pencacai ini, apa pun tuduhan dari blogger UMNO mengenai Anwar adalah
fitnah belaka.
Tapi bila Anwar respon, seolah-olah ada perkara yang Anwar tahu blogger UMNO tahu tapi mereka sebagai pencacai, tidak tahu. Faham cakap tu?
Anyway, jangan hairanlah, Anwar dan
penafian bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Dia tertangkap berzina
dengan pelacur cina dalam video pun dia boleh tak mengaku, apalah
sangat dalam kes Deepak ini yang banyak ‘hearsay’ dan dokumen yang tidak
berkaitan.
Lagipun Anwar dalam kenyataannya kepada
portal berita pembangkang semalam mengaku ada berjumpa Deepak sebelum
ini. Orang bodoh saja yang percaya Anwar jumpa Deepak semata-mata nak
beli karpet.
Penulis masih ingat permainan Anwar untuk
mengaitkan Perdana Menteri dalam pertuduhan liwatnya tahun 2008 dulu.
Waktu itu semua ingat tak Wan Azizah tunjuk apa untuk katakan laporan
liwat itu konspirasi?
Dia tunjuk gambar Saiful Bukhari dengan salah
seorang pegawai khas PM yang kebetulan rakan seuniversitinya kan?
Kenapa yang itu (menunjukkan gambar), dia
nak rakyat percaya ada konspirasi, kenapa yang ini (perjumpaan dengan
Deepak), dia nak nafikan penglibatan pulak? Sekarang kau makanlah balik
apa yang biasa kau buat kat orang.
Hakikatnya, penulis dan beberapa orang
lain tahu kenapa Anwar tiba-tiba muncul membuat penafian tapi atas
sebab-sebab tertentu tidak mahu mendedahkannya buat masa sekarang,
melainkan bila tiba masa yang sesuai dalam jangka masa terdekat.
Yang penting untuk rakyat tahu, ini
memang kerja Anwar dan kuncu-kuncunya, malah salah seorang daripada anak
Anwar turut terlibat. Beberapa pemimpin PKR lain yang muncul di
penghujung ini hanyalah pelakon watak yang skrip dan lakon layarnya
telah disiapkan Anwar untuk dimainkan mereka.
Yang lawyer dengan kerja lawyernyalah, yang mengatur pertemuan, atur pertemuanlah, dan sebagainya.
Siapa tak kenal Anwar, yang hitam pun dia boleh tukar jadi putih, maklumlah penyokong biasa di bawah ni semua otak beku.
Laporan - Adamyan, www.mykmu.net
No comments:
Post a Comment