Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, November 11, 2012

Nurul Izzah tindak melampau, kata Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
    
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
   
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.

2 comments:

  1. Teringat suatu ketika dulu, diamana kes Murtad diketengahkan oleh Mufti Perak dan mendapat tentangan oleh pemimpin-pemimpin kuat UMNO agar perkara ini jangan dibesar-besarkan.

    http://i40.photobucket.com/albums/e240/VCD2BUY/taraknama/murtad.jpg

    Tak salah, Tun M juga pernah membuat kenyataan bahawa murtad sepatutnya dibenarkan kerana tiada paksaan dalam beragama.

    Bekas Presiden UIA, Sanusi Junid sewaktu ditanya tentang isu murtad di dalam sebuah seminar di UIA, pernah membuat kenyataan bahawa sekiranya murtad dihukum, nanti akan wujud pusat penembelihan orang-orang murtad. Sanusi Junid menyatakan bahawa masalah akan timbul apabila orang-orang bukan Islam juga mahu membuat pusat penyembelihan mereka untuk orang-orang yang mahu keluar dari agama mereka dan masuk Islam.

    Ini menunjukkan penentangan kuat UMNO terhadap sebarang tindakan atau hukuman ke atas orang murtad.

    Di Malaysia, Sisters-In-Islam diketuai oleh barisan kepimpinan yang melibatkan anak-anak Perdana Menteri. Anak Mahathir iaitu Marina Mahathir dan Pak Lah merupakan ketua-ketua Sisters-in-Islam di Malaysia secara lantang dan kuat mengatakan kebebasan Muslim untuk murtad.

    anak orang dia tegur.
    anak sendiri dia tak berani tegur. Sebab dia yang ajar.

    ReplyDelete
  2. apa bukti dia tun M kata murtad dibenarkan??? kalau tak kerana UMNO, dah lama IFC diluluskan lah oleh makhluk2 dalam PKR yang menyokong IFC. disebabkan UMNO lah negara ni dijadikan negara ISLAM. Disebabkan UMNO lah semua orang MELAYU mendapat hak istimewa dan Islam dijaga! tapi anak2 diaorg ni tak buat kenyataan yang MEMBENARKAN dan MELAUNGKAN HAK untuk BEBAS beragama termasuk orang MELAYU, yakni orang MELAYU dibenarkan tukar agama dihadapan khalayak ramai. Kalau dah salah tu, mengaku jerlah jangan nak carik salah orang lain pulak

    ReplyDelete