MANCHESTER City merapatkan jurang mata dengan kemenangan ke atas Tottenham Spurs 2-1 dalam perlawanan ke-11 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam
Pemain gantian, Edin Dzeko menjaringkan gol minit-minit terakhir, sekali gus membolehkan City memperoleh mata penuh dan berada di tangga kedua EPL.
City dikejutkan dengan jaringan awal Tottenham, menerusi Steven Caulker pada minit ke-21. Pasukan tuan rumah yang bakit kemudian memperoleh dua gol menerusi Sergio Aguero pada minit ke-65 dan Dzeko (minit ke-88) untuk mengatasi Tottenham.
Dalam pada itu, Chelsea pula gagal untuk merapatkan jurang mata apabila hanya terikat 1-1 dengan Liverpool di Stamford Bridge.
Pada perlawanan yang berlangsung tengah malam tadi (waktu Malaysia), Kapten John Terry meletakkan The Blues di depan hasil jaringan awal minit ke-20, tetapi pasukan pelawat menerima gol persamaan menerusi Luis Suarez pada minit ke-73.
Dengan keputusan itu, Chelsea menurun satu lagi tangga dengan 24 mata.
Kini dalam saingan EPL, selepas 11 perlawanan, Manchester United kekal di tangga teratas dengan 27 mata, dan disusuli oleh City (25), Chelsea (24), Everton (20) dan West Brom (20).
Keputusan tiga perlawanan semalam:
Man City (2) - Tottenham (1)
Newcastle (0) - West Ham (1)
Chelsea (1) - Liverpool (1)
No comments:
Post a Comment