Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, November 11, 2012

"Saya anak Jati Sabak Bernam" tegas Aziz Bari

Antarapos.com - Bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau bukan anak jati Sabak Bernam sekaligus tidak wajar untuk bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke - 13 (PRU13) akan datang.
 
"Saya cuma turun ke Sabak Bernam, kampung saya, sebab ada juga orang kata saya orang luar, kampung saya di Sekolah Kebangsaan Tebuk Pulai mula persekolahan sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail itu jam tak ada tadika masuk sekolah dulu pun orang kata cakap melayu pun tak berapa nak fasih lagi.
 
"Waktu itu tahun 1966 saya darjah satu di situ, kemudian sempat bersekolah menengah waktu itu (sekarang dikenali) Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz sebelum saya berpindah di sekolah Alam Shah Kuala Lumpur dan berpindah ke Putrajaya.
 
Saya orang Sabak Bernam bukan orang luar seperti yang disebut-sebut oleh sesetengah pihak sebelum ini," katanya ketika berucap program 'Jelajah Merdeka Rakyat' bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam baru-baru ini.
 
Mengulas lanjut mengenai soal pemilihan calon tempatan dan luar menjadi isu semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, Aziz menegaskan bahawa faktor itu tidak penting.
 
"Tetapi sebenarnya soal (calon) luar (atau) tempatan tidak penting.. yang penting adalah calon-calon itu dapat menyantuni rakyat, dapat turun berjumpa rakyat, sanggup datang menziarah kematian, sanggup datang menghadiri jemputan kenduri, bersembahyang di surau dan masjid dan sesekali menyantuni kawan-kawan kita daripada golongan Cina dan India.
 
"Ini tujuan saya datang awal ke Sabak Bernam, ini satu budaya politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat, kita bukan macam pemimpin Umno, walaupun saya rasa malam ini ada kawan-kawan kita dari Umno, kita bukan anti Umno, kita bukan anti orang-orang Umno.
 
Malah, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
 
"Kita nak tukar pentadbiran Umno yang selama ini memiskinkan negara (dan) menyusahkan rakyat itu sahaja, kita bukannya anti ataupun hendak bermusuh dengan orang Umno kerana kita nak tukar pemerintahan negara kita nak bawa budaya politik baru.
 
"Kita tidak mahu jadi macam kebanyakan pimpinan Umno yang datang kepada rakyat lima tahun sekali ini yang menyebabkan mereka susah sekarang rasa gementar kerana mereka tidak biasa menyantun rakyat nak masuk warung pun takut nak kena bayar," jelasnya.
 
Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

10 comments:

  1. Budaya Politik mcm man niee?? Dok sembang lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang lebih. Cakap fasal amoi manyak-manyak, lefas tu...

      Delete
  2. budaya politik baru ala pakatan ialah mengajak semua melayu menyokong kebebasan agama....

    memaki hamun sesama melayu dan ketua-ketua negara.

    dah laa.....lg baik lu duduk diam2

    PRU13 NI BAKAL MENCATAT SEJARAH PARTI PEMBANGKANG AKAN LENYAP DALAM NEGARA MALAYSIA...

    ReplyDelete

  3. POLITIK BARU-- PR JANGAN PERHAMBAKAN RAKYAT SEPERTI UMNO/BN



    Kuasa kerajaan bukan untuk bolot kepentingan peribadi & melindungi kezaliman seperti umno!


    Kuasa rakyat, kuasa berdaulat .... bukan untuk disakat dengan pelbagai akta & syarat: ISA, AUKU, Akta Cetak, Akta Polis, Akta ICT, ..............

    Dokong prinsip demokrasi:
    1- “hak rakyat bersuara & kebebasan memilih kepimpinan secara yg demokratik, bebas, telus, & adil” (people right of determination”
    2- “pengasingan kuasa (separation of power)- Badang Perundangan, Badan Pemerintahan, Badan Kehakiman”
    3- “hormati kuasa memerintah majoriti, lindungi hak semua golongan minoriti” (majority rules, minority rights).
    4- “perkongsian kemakmuran & kebajikan awam (prosperity sharing & people walfare)”
    5- “tanggungjawab bersama pertahan kedaulatan Negara (common responsibility to protect nation sovereignity)”
    6- “menegak kemuliaan perlembagaan, nilai prinsip Rukun Negara & (uphold the dignity of constitution & Rukun Negara principles)
    7- “menjunjung Institusi Raja & institusi-institusi rasmi Negara (uphold The Royal institution & public institutions).


    ==> Pembangunan berpaksikan prinsip demokrasi, keadilan & kebajikan rakyat!!!!!!!!

    PR KE ARAH RAKYAT BERMARUAH & NEGARA BERDAULAT!

    pru13.... kuasa kerajaan pusat dari kapitalis BN kpd kebajikan PR!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Contohnya seperti di P Pinang dan juga Selangor?

      Delete

  4. Tahniah.... Dr Aziz Bari... anak jati Sabak Bernam .... mendokong kebajikan rakyat & menolak asobiah kapitalis UMNO/BN!


    sabak bernam---- lahirkan tokoh cendiakawan nasional, dr aziz bari untuk generasi mendokong perubahan rakyat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke...? Hangat hangat tahi ayam jak kot...

      Delete
  5. woi! woi! terbaik dari ameno world:

    http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/rais-yatim-perempuan-selak-kain-dan.html

    ReplyDelete
  6. hahaha... barulah sangat. ADUN UMNO kampung aku tiap2 kenduri kampung dia mai. Lama dah. MP UMNO jugak kalau x boleh mai, tetap hantar wakil. Apa yg barunya. Dia ja perasan lebih. awal la sangat.

    Ni satu lagi mamat yg dok pos link video amenoworld kat atas ni, video tu standard budak sekolah rendah saja... silap2 video budak sekolah lagi good. Janji?

    ReplyDelete
  7. budaya apa yg ko ckp ni samdol. aku pun org sabak jugak. bersekolah di sekolah yg sama dgn ko. cuma ko tu tua jauh je dpd aku. pemimpin mana kt sabak yg datang menjenguk setahun sekali ni. pemimpin umno kalau tak silap aku sentiasa turun padang. bulan puasa siap bagi sekor ayam setiap rumah. yg tak turun padang tu si badrol amin, sibuk dgn program al arqam. ko tu bukan apa, konon turun padang awal, bukan nk jenguk kampung sgt. nk terpilih jd calon je. knp ramai akar umbi pkr kata ko bukan anak jati sabak? sebab dorang tak pernah tengok batang hidung ko. mentang2 ko propesor kangkong kt uia, masuk kampung jadi jijik. takut terpijak taik ayam! dah la propesor, sejak kena pecat ni, aku tengok ko semakin meraban. dunia politik ni tak sama dgn dunia akademik. ko selalu berckp berteori, bila sampai dunia hakikat, ko mula meroyan....

    ReplyDelete