Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, November 6, 2012

[Melayu sertai DAP] Kenyataan Haji Hadi seperti orang 'hilang akal'

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta kaum Melayu supaya menyokong DAP disifatkan sebagai 'hilang akal' sekali gus menunjukkan parti itu semakin hilang arah perjuangannya.
 
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kenyataan Abdul Hadi itu juga jelas membuktikan parti itu sanggup menggadaikan prinsip perjuangan demi meraih sokongan pengundi bukan Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
 
"PAS telah mengkhianati penyokong akar umbinya terutama di kawasan luar bandar yang selama ini menganggap perjuangan mereka selari dengan perjuangan Islam selama ini penyokong PAS peringkat akar umbi telah tertipu degan permainan politik pemimpin mereka.
 
"DAP secara terbuka menentang Islam tetapi hari ini Hadi minta orang Melayu sokongan parti DAP," katanya dipetik menerusi laman blognya hari ini.
 
Sambil menyifatkan PAS semakin terdesak ekoran ramai ahli mereka meninggalkan parti itu, Syed Ali menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam keras kenyataan Ahli Parlimen Marang yang mahu pengundi Melayu menyokong DAP adalah wajar.
 
Malah, beliau berpendapat kenyataan Hadi itu akan memecahbelahkan perpaduan umat di kalangan orang Melayu.
 
"PAS terpaksa menagih simpati DAP bagi mamastikan wakil mereka mendapat tempat dalam pengagihan kerusi DUN dan Parlimen pada PRU13 akan datang semata-mata kerana ingin kerusi pilihan raya terjamin di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan), PAS sanggup mengemis ehsan daripada DAP," jelasnya.
 
Mengulas lanjut dakwaan Presiden PAS bahawa MCA adalah parti rasis, Syed Ali berpendapat bahawa tuduhan dilemparkan itu sekadar mahu melindungi kepentingan DAP.
 
"Sebenarnya DAP adalah parti rasis mengamalkan politik perkauman cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat serta berterusan mencurigai hak orang Melayu di negara ini," tegasnya.
 
"Saya kesal kerana Hadi semakin hilang pertimbangan sehingga tidak dapat menilai betapa DAP selama ini telah memusuhi perjuangan umat Islam.
 
"Mengapa Hadi sanggup pejamkan mata sedangkan DAP dengan lantang menentang cadangan pelaksanaan hukum Hudud PAS tetapi hari ini minta orang Melayu sokong DAP. Ini perbuatan khianat kepada masa depan Melayu dan umat Islam," katanya.

1 comment:

  1. Kalau si babi sudah bersuara menyokong tuan babi maka anak2 babi pas akan ikut kerana itu satu fatwa ulama babi pas.

    ReplyDelete