Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, November 6, 2012

Pilih agama: Azmin, Khalid Samad bela Izzah





Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali hari ini membela kenyataan yang dibuat oleh Naib Pengerusi parti itu, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataanya bahawa "orang Melayu juga diberi kebebasan memilih agama, selain agama Islam.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyalahkan media kerana memutar-belitkan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

 “Itu (akhbar) Utusan Malaysia..Nurul Izzah tidak menyatakan demikian. Beliau telahpun buat penjelasan yang cukup jelas bahawa sebagai seorang muslim, kita terikat dengan undang-undang syariah, itu jelas.

“Apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah ialah bagi orang yang bukan Islam..kerana di dalam Islam, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk menerima Islam. Kita tak boleh paksa. Tetapi bagi seseorang Muslim, kita wajib terikat dengan undang-undang syariah,” tegas beliau.

Izzah kelmarin, ketika menjadi panel sebuah forum di Subang, anjuran pergerakan Kristian memberitahu, orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekaligus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata anak perempuan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Izzah kemudiannya cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan, kenyataannya itu dibuat berdasarkan Al- Quran, ayat 256, Surah Al-Baqarah yang menyatakan "tiada paksaan dalam Islam".

Namun begitu kenyataannya itu tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu:
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha 
Mendengar, lagi Maha Mengetahui,” Surah Al-Baqarah, ayat 256.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kenyataan yang dibuat Izzah adalah satu dasar umum yang diterima, seperti yang ditekankan dalam Islam iaitu kita tidak boleh untuk memaksa seseorang untuk berpegang kepada sesuatu kepercayaan.

“Kenyataannya bahawa prinsip kebebasan beragama itu dan bahawa agama itu adalah satu perkara yang berasaskan kepada pilihan, itu adalah satu dasar umum yang diterima..dan itulah yang Islam ajar bahawa kita tak boleh paksa orang percaya.

“Mesej yang nak disampaikan oleh Izzah ialah orang Islam ini jangan anggap kita ini Islam kerana kita ini orang melayu..jangan anggap kita ini Islam baka. Agama mesti atas dasar keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus kita lakukan ialah menentukan orang Islam menjadi orang Islam atas pilihan, bukan atas dasar keturunan atau paksaan.

“Yang penting, orang nak jadi Islam mesti atas dasar kepercayaan. Orang Islam oleh kerana dia Melayu, Allah tak terima..orang Islam oleh kerana dia dipaksa Allah tak terima..Nak Islam atas dasar pilihan sendiri..bebas memilih untuk bersama dengan Islam,” katanya ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini menggesa pemimpin politik dan individu lain agar tidak mengulas mengenai hal-hal agama Islam sekiranya tidak ada “kepakaran” atau pengetahuan mendalam mengenainya.

Beliau menegaskan kenyataan yang salah mengenai Islam boleh menjejaskan akidah dan martabat agama yang dianuti majoriti besar masyarakat negara ini.


2 comments:

  1. Berbelit belit dia orang nak cover. A[pa lah nak jadi dengan pemimpin Islam. Tunggu je la BALA dari Allah Taala. Kan senang kalau mengaku je buat silap, kemudian mintak maaf dan Taubat.

    ReplyDelete
  2. UMNO masih tak faham Islam dan Melayu.
    Masih ingat Melayu semestinya Islam, padahal tunggang arak, main judi, dah murtad pun (seperti Lina Joy).

    Tapi dalam IC masih Islam sebab dia Melayu!!

    ReplyDelete