Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 22, 2012

[Nik Aziz] PAS cermin diri sebelum tuduh Umno syirik




Antarapos.com - PAS digesa mengkaji semula kerjasama dengan parti dominasi Cina DAP sebelum menuduh Umno sebagai "syirik" kerana berjuang bersama parti-parti komponen yang lain.

Menurut Datuk Nakhaie Ahmad, tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang cuba mempertahankan hubungan politik dengan DAP berbanding Umno sebaliknya menterjemahkan pendirian sebenar pemimpin ulung parti Islam itu.

“Datuk Nik Aziz ni kalau apa yang dia cakap pada Umno, dia sebenarnya cakap mengenai diri dia sendiri. Dia kata sekular sedangkan dia pun terima DAP yang sekular.

 “Dia pun sudah banyak terima sikap-sikap sekularisme, terutamanya tentang strategi PAS yang juga disekularkan,” katanya kepada Antarapos.

Nakhaie berkata Nik Aziz cuba berselindung disebalik kepentingan politiknya untuk menawan Putrajaya seraya cuba mengelirukan umat Islam dengan mengambil pendekatan 'matlamat menghalalkan cara'.

“Strategi yang diambil oleh PAS itu adalah strategi yang sekular kerana matlamat menghalalkan cara, bagi dia (Nik Aziz), kerjasama dengan orang Islam (Umno) tidak boleh sebab sekular tetapi bagi kerjasama dengan orang kafir, boleh pula, bukankah ini juga dinamakan sekular?

“Jadi berdasarkan kepada matlamat menghalalkan cara beliau, jadi macam mana pula dia kata orang sekular pula?” soal beliau.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Ahmad Atory Hussain turut sependapat dengan Nakhaie yang menyifatkan Nik Aziz mahu memastikan tindak tanduknya sentiasa diterima rakan seteru.

“Cuma apa yang saya boleh katakan di sini ialah ini adalah soal politik, dia (Nik Aziz) pun sekular, pemikiran dia pun sekular jadi apa yang Islamnya?

“Kalau cara macam dia mungkin Islam, Umno pun Islam juga kan? PAS pun adakan kerjasama dengan DAP, dia pun sekular dengan matlamat menghalalkan cara lagi, jadi sama saja,” katanya ketika dihubungi tadi.

Menurut Atory, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya tidak mencampuradukkan soal akidah dan politik dalam semua perkara sehingga sewenang-wenangnya menuduh Umno syirik.

Malah beliau turut menggesa agar sikap DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hukum hudud dipandang serius oleh PAS demi menjaga imej parti yang memperjuangkan kedaulatan agama Islam.

“Jadi jelas sekarang, kita tengok adakah DAP itu Islam? Kalau Nik Aziz cakap pasal dasar Islam, jadi cuba kita renungkan adakah DAP itu Islam?

“Apa yang dibuat oleh Nik Aziz menjawab sendiri segala keraguan dia dan tuduhan dia terhadap Umno terutamanya (status) Umno,” katanya.
Dalam wawancara bersama Antarapos baru-baru ini, Nik Aziz berkata pegangan Umno yang didakwanya mengasingkan agama dan politik adalah perbuatan syirik.

 "Jadi kalau kita buang agama daripada hidup kita ertinya kita guna peraturan (atau) undang-undang kita, bagaimana kita nak guna undang-undang kita sedangkan kita menumpang di bumi Allah. Kita menumpang air dan semuanya...ini perbuatan syirik namanya," katanya.

Nik Aziz mendakwa penentangan antara PAS dengan Umno adalah pertembungan antara Islam dan sekular, justeru katanya, beliau menghadapi pelbagai “ujian” dengan tabah untuk menawan Putrajaya.

Walau bagaimanapun, Nik Aziz gagal mengupas bagaimana partinya sanggup menerima dasar-dasar DAP dan PKR yang menolak pelaksanaan hukum hudud tetapi menolak Umno kerana kononnya tidak Islam. Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz


6 comments:

  1. Semoga apa yang orang tua ni katakan berbalik kepada dia dan akan dibuktikan oleh Allah di muka dunia nie.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kata-katanya yang menyesatkan umat Islam. Tuhan Samseng, Berkawan dengan syaitan, Tuhan mencarut, Nabi amalkan kroni.

      Delete
  2. Nik Aziz mempunyai ramai pengikut dan pengikutnya amat mempercayai apa saja yang diperkatakan. Sebelum Nik aziz menutup mata, mohon Allah membuka pintu hati Nik Aziz untuk dapat melihat kebenaran dan seterusnya memperbetulkan segala kesilapan yang beliau lakukan agar pengikutnya juga tidak tercampak kedalam kebatilan yang nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada penganut PAS angkat Nik Aziz bertaraf Nabi. Itu yg banyak songsang dan sesat

      Delete
  3. Orang tua nyanyuk tu semakin pekak dan buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupon masih nak pegang jawatan. Enggan lepaskan kuasa yang ada

      Delete