1. Nampaknya gerombolan pencacai angkut najis DAP dari PAS & PKR bersungguh-sungguh menggunakan isu Hudud sebagai senjata mereka tanpa ada pengetahuan tentangnya. Bagi mereka, PAS itu Islam dan Islam itu PAS sehinggakan sanggup mengatakan 'Undi PAS masuk Syurga".
2. Permainan politik ini cukup bahaya tetapi bukan semua rakyat
3. Demi perjuangan DAP, lebai-lebai PAS & PKR sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka sehingga sanggup menabur fitnah.
4. 'Amal tanpa Ilmu' ini adalah perbuatan orang GILA. Itulah keadaan sebenar gerombolan pencacai ketika ini. Dibawah adalah penjelasan dari mantan Perdana Menteri yang difitnah sebagai menolak hudud malah ada blogger PAS mahu menjatuhkan hukum SYIRIK keatas Tun Dr. Mahathir.
Sumber berita dibawah diambil dari www.agendadaily.com
."Saya tak pernah kata menolak hukum hudud Islam. Yang saya tolak adalah hudud Pas," tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas kritikannya mengenai pengamalan hukum hudud dibawa Pas.
Menurutnya, terdapat perbezaan antara hukum hudud yang digariskan dalam Islam dengan apa yang mahu diamalkan parti di bawah pakatan pembangkang itu.
"Kita kena bezakan antara dua (hudud Islam dan Pas) ini...lain langsung. Apa yang Pas mahu bawa dia lebih mirip kepada nak kena hukum yang lebih berat yang tak pernah ada dalam Quran.
"Macam rejam dengan batu. Itu tak ada dalam Quran (sebaliknya), dalam Quran kita sebut mengenai sebat 100 kali bagi lelaki dan perempuan," katanya.
Beliau yang ditemui pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011 (AIPM), di Institut Jantung Negara (IJN) semalam turut memberitahu tetap menolak sekeras-kerasnya sebarang hukum yang tidak menepati keadilan seperti dijelaskan Islam.
Mengambil contoh amalan hudud di Afghanistan, jelasnya sama sekali tidak menyokong hukuman yang menembak mati seorang isteri apabila ia dituduh berbuat salah dan sudah dibicarakan.
"Di Afghanistan kita tengok isteri dia dituduh...bicara satu jam dan bawa keluar kemudian ditembak sampai mati. Itu bukan Islam. Saya tak boleh sokong yang itu," katanya. Mahathir berkata, sekiranya suatu hukuman itu tidak memberi keadilan kepada semua pihak, ia bukan mencerminkan Islam sebenar kerana ajaran Allah SWT menuntut sesuatu hukuman itu perlulah adil dan saksama.
"Takkan nak potong tangan orang Islam (kesalahan mencuri), orang bukan Islam tak potong, cuma masuk penjara dua bulan. Itu tak adil. Ataupun kita dera wanita saja, yang lelaki kita tak hukum. Tak boleh begitu," katanya.
Ditanya pandangannya jika Pas tetap dengan pendirian melaksana hukum hudud sedangkan DAP berkeras menolak, beliau berkata, masalah itu perlu ditanggung parti berkenaan.
Sementara itu, mengulas kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan sekitar November, katanya ia tidak mendatangkan sebarang masalah malah yakin Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapinya.
"Saya fikir BN sudah bersedia. Kadang-kadang kita memerlukan sedikit masa tetapi jika kita terlalu mengambil banyak masa ia akan mewujudkan banyak permintaan kepada kerajaan.
"Masa yang baik adalah apabila kita dapat menyelesaikan semuanya dan menumpukan kepada pembangunan negara ini, bukannya politik remeh ini," katanya.
ada beza ke?
ReplyDeleteKalau tak mahu tu, macam-macam alasan.
Cuba tanya UFB.
http://www.youtube.com/watch?v=uzBK1rmJhSs
Sudah terang lagi bersuluh.
mengapa masih ramai lalang Che Det kat sini?
Pelik tapi benar.
Suka menegakkan benang yang basah.
Banyak bezanya. Jangan malas nak berfikir dan mencari ilmu
DeleteDiharapkan dapat dengar ceramah ni sampai habis.
Deletehttp://www.youtube.com/watch?v=19byrwhBcaQ
Tun M ingat senang-senang ke nak potong tangan?
ReplyDeleteTahukah anda cuma ada 6 perkara atau jenis hukuman bagi Hudud. Cuma 6! Tapi masih ramai tak faham dan tak mahu menerima. Terutama bagi mereka yang 'suka mencuri', 'merompak', 'berzina', 'minum arak', 'menfitnah (qazaf)' dan 'murtad'. Siapa kata tiada dalam Al-Quran? dan Siapa kata ianya rekaan 'Ahli Fekah'?
Harap Tun M dengar banyak-banyak sikit ceramah pasal Hudud.
Yakinilah Undang-undang Islam.
http://www.youtube.com/watch?v=19byrwhBcaQ
hukum hudud terbahagi pada 70 jenis. daripada syirik kpd Allah, smpai menghina para sahabat..
DeleteHujah bersandarkan hujah manusia lain tanpa sumber ilmu yg sah iaitu AlQuran :)
ReplyDeleteJadi ustaz Tun M bukan manusia?
Delete