Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 19, 2012

[Bongkar] Kepura-puraan Anwar Terhadap Bangsa Moro

The Unspinners – Anwar mengeluarkan kenyataan hari ini bagi pihak Pakatan Rakyat berhubung perjanjian aman antara kerajaan Phillipines dan MILF baru-baru ini. Baca sini

Kenyataan ini hanya bertujuan untuk "steal the thunder" dari usaha Dato' Najib untuk rumpun bangsa Melayu di Filipina Selatan. Usaha ini akhirnya berjaya dimeterai di bawah pentadbiran Najib. Dengan satu lakaran, Najib akan dapat membukakan usaha untuk menyelesaikan masalah imigren di Sabah.

Baca analisa Fatimah Zuhri sini.

Kenyataan Anwar ini hanya pura-pura. Suatu masa dia begitu rapat dan dipercayai masih rapat dengan Presiden Estrada yang merupakan tali barut CIA. Dia boleh berkaraoke ketika bangsa Moro menderita. Baca MyMassa sini.

Pada bulan Ogos tahun 2009, blog The Unspinners pernah membawa kisah 3 bersiri mengenai pembelotan Anwar terhadap bangsa Moro dan juga kaitannya dengan negara kita.

Dalam siri Persekongkolan Anwar dengan CIA Siri 1, Siri 2 dan Siri 3 akhir, kami mendedahkan bagaimana Anwar meninggalkan perjuangan bangsa Moro ketika dia naik dalam kerajaan. Ketika itu dia selalu ke Phillipines membawa lawatan peribadi dan juga rasmi. Tetapi setiap lawatannya dia mula merenggangkan diri dari MILF.

Kumpulan MILF ini hairan lalu mereka intip setiap kali kedatangan Anwar ke Phillipines. Rupanya Anwar begitu rapat dengan seorang operatif CIA yang merupakan seorang Jeneral. Ini merupakan musuh ketat MILF kerana mereka terlibat mahu mengalahkan MILF.

Perjuangan MILF adalah perjuangan ratusan tahun orang "Melayu" Islam FIlipina Selatan yang enggan terima paksa agama Kristian yang dibawa penjajah Sepanyol.

Mereka mengesyaki Anwar telah memberi maklumat kepada kumpulan bekas tentera FIlipina yang disokong CIA tentang MILF. Anwar mungkin sekali berperanan memecah belahkan bangsa Moro. Baca AIDC Blog sini

Bukan saja Anwar telah membelot mereka, Anwar bersama terlibat dengan usaha kumpulan pemisah Sabah yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan dan melawat tempat latihan mereka di Tarlac yang dibantu CIA!!!

Kita terhutang budi dengan bangsa Moro kerana ini.

1 comment:

  1. Tahukah anda sekiranya kita terlibat bersama pejuang Islam Moro di Filipina dan Afghanistan boleh didakwa di bawah ISA?
    Dibawah kuasa siapakah itu?
    Sebenarnya kita telah begitu lama mengikut telunjuk CIA!!!

    ReplyDelete