Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 19, 2012

Isu Saifuddin Abdullah - Apa pandangan anda ? @SaifuddinAbd @NajibRazak

Saya sudah lama memerhatikan karier politik beliau yang bersinar kerana bersedia melawan arus. Pernah beberapa kali bertemu dalam beberapa majlis dan bermuzakarah secara berdepan.

Saya secara peribadi lebih banyak bersetuju dengan pendekatan yang beliau lakukan terutamanya tentang 'Politik Baru' walaupon ada juga perkara yang saya tidak bersetuju.

Apa yang lebih menarik lagi, serangan ke atas Timbalan Menteri KPT ini dilihat bertali arus dari pihaknya sendiri iaitu UMNO & sekutunya manakala beliau mendapat pembelaan dari majoriti penyokong pembangkang.

Cuma istilah 'makan keliling' kepada Datuk Saifuddin Abdullah oleh Zahid Mat Arip adalah tidak wajar kerana Mursyidul AM TIBAI yang juga ADT Perkasa dan Pegawai Khas kepada Pengerusi FELDA ini jelas 'MAKAN KENYANG' sejak menyertai UMNO selepas adegan demi adegan penuh maki hamun terhadap kepimpinan UMNO apabila bersama Anwar Ibrahim dan KEADILAN. Ini kenyataan!

Saya buka perbincangan tentang Saifuddin Abdullah kepada rakan-rakan semua. Saya akan ulas lebih lanjut nanti.

NotaKaki - Lebih wajar dan waras adanya 'Devil Advocate' seperti Saifuddin Abdullah dalam UMNO daripada menyimpan gerombolan pengampu yang pernah menjadi pencacai angkut najis Anwar Ibrahim !!

2 comments:

  1. he is better.. he's vision would b savior for UMNO.. very clean, very intelligent.. very different from najib or others corrupt and scandalous leader. im on opposition site.. id rather like him despite in different political view.. everybody in UMNO should follow him, not Najib rosmah.

    ReplyDelete
  2. SUARAM just do what they should do.. wang rkyat hilang... so, they make a move.. berani kerana benar wahai UMNO.. klu xbsalah, xya nk meroyan.. wat malu..

    ReplyDelete