Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 19, 2012

[Terbaik!!!] MP Tony Pua 'bacul', kata Ismail Sabri @mediabera @IsmailSabri60

Memang terbaik dari Ds Ismail Sabri. Memang patut ajar MP Pembangkang mcm Tony Puaka yang sengaja buat fitnah dan mahu memalukan pemimpin Melayu.

Tahniah DS Ismail Sabri !!!

Sumber berita dari Bernama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai 'bacul' berikutan tindakannya mengusulkan pemotongan gaji beliau atas dakwaan salah guna kuasa dan memilih dalam memfailkan dakwaan ke atas syarikat.

"Saya sendiri berada di Parlimen semalam bagi menjawab isu Suaram dan Suara Inisiatif. Kalau dia berani dia akan datang berhadapan dengan saya tapi saya anggap dia seorang yang bacul dan tak faham apa yang dia cakap," katanya kepada
pemberita selepas menutup Simposium Gerakan Pengguna Malaysia 2012 di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) di sini hari ini.

Setiausaha Publisiti DAP itu semalam mengusulkan agar RM10 dipotong daripada gaji Ismail Sabri kerana didakwa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti dalam
siasatan berhubung Suara Inisiatif Sdn Bhd, sedangkan tidak mengambil tindakan ke atas beberapa syarikat lain yang turut melakukan kesalahan.

Ismail Sabri yang menafikan bahawa beliau memilih dalam memfailkan pendakwaan terhadap mana-mana syarikat,  menegaskan dalam tempoh setahun terdapat lebih 200 syarikat yang diambil tindakan dan Suara Inisiatif hanya
merupakan satu daripadanya.

Beliau berkata, apa saja kes yang melanggar peraturan dalam Akta Syarikat 1965 akan disiasat dan diambil tindakan.

"Saya harap Tony Pua jumpa saya, boleh saya ajar mengenai prosedur-prosedur. Saya tak tahu sama ada dia peguam atau tidak tapi kalau dia bukan peguam mungkin saya boleh bantu dia dari segi pemahaman tentang Akta Syarikat 1965," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment