Ustaz Fathul Bari meminta bukti dakwaan yang mengatakan bahawa Mursyidul Am Ikhwanul Mesir bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan mendakwa Baginda SAW menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya inginkan bukti bagi yang membaca (khutbah) dan mengeluarkan kenyataan seperti ini bahawasanya Mursyidul Am Ikhwan Muslimin mengeluarkan kenyataan itu.
"Daripada mana sumbernya, perkataannya ada direkod kah..ada video kah..dalam akhbar kah..minta dibuktikan..jangan ia bersifat dakwaan semata-mata,"katanya.
Menurutnya, mimpi bukanlah asas untuk dijadikan dalil yang kukuh.
"Mimpi tidak boleh dijadikan dalil. Kalau mimpi dijadikan dalil, ia akan berlaku kerosakan yang sangat besar.
"Masing-masing akan mendakwa (bermimpi)..dalam keadaan ramai manusia pada hari ini..tidak boleh dikatogerikan saksi yang bersifat adil,"katanya lagi.
Fathul Bari diminta mengulas dakwaan seorang khatib ketika membaca khutbah Jumaat di Masjid Jamek An-Najah Padang Serai, Kulim pada 7 September lalu.
Khatib tersebut, ustaz Mohd Haslizal Allias dalam khutbahnya berkongsi satu mimpi yang didakwa telah dimimpikan oleh Mursyidul Am Ikhwanul dan beberapa Tok Guru di kalangan ulama Ikhwanul Muslimin Mesir.
Dakwa Khatib itu, ulama-ulama Mesir itu telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW di mana Rasulullah SAW menyebut… 'Islam akan menang di ASEAN ini…'
"Mereka kemudiannya bertanya kepada Rasulullah SAW…Islam akan menang di ASEAN itu di mana? Kata Nabi SAW, Islam akan menang di Malaysia…
"Mereka tanya lagi..Islam akan menang di zaman siapa?
"Dijawab oleh Nabi SAW kata Baginda Rasulullah SAW.. Islam akan menang di zaman…ANWAR IBRAHIM..!!!", begitulah intipati utama khutbah tersebut.
Menurut unitmediakedah, setakat ini sudah terdapat 30 laporan polis telah dibuat terhadap khatib tersebut kerana mereka kecewa mimbar masjid disalahgunakan untuk berpolitik.
Anwar cuba memporakperandakan islam dengan pluralisme agama , LGBT dan lain2. Maka Umat Islam bangkit menentang Anwar untuk mempertahankan Agama Islam. Itu yang disebut "Islam bangkit dizaman Anwar".
ReplyDeleteKalau taksub sangat pada seseorang tu, berpada-padalah. Kaji latar belakang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya sebelum nak sokong. Jangan sokong membuta tuli hanya melihat kepetahan dia bagi ceramah. Orang yang pandai bercakap, tak semesti pandai buat kerja atau pandai memerintah. Tukang jual obat di pasar malam pun pandai bercakap, adakah kau rasa dia hebat jika dilantik jadi pemimpin?
ReplyDeleteHanya Rasulullah saja apabila bermimpi boleh diterima. Selain dari Rasulullah, tidak boleh digunakan sebagai hujah.
Imam Bukhari yang terkenal dalam meriwayat hadis pun tidak mudah mengambil dan merekodkan sesuatu hadis. Hinggakan sanat dan perawi nya di kaji dari siapa ianya berasal dan disampaikan kepada siapa dan siapa. Hinggakan jika didapati periwayat hadis tersebut hingga sanggup menipu kucing iaitu memanggil kucing seperti ingin diberi makan tetapi dia tak beri, hadis itu beliau akan menolaknya.
ReplyDeleteInikan pula mimpi dari seorang manusia, dan menyokong manusia yang masih lagi orang tertanya soal moralnya yang masih tak terjawab sepenuhnya?
Dunia akhir zaman...banyak menusia ditipu dan diperdaya oleh iblis dan syaitan sehingga ada yg menanggap dirinya sebagai anugerah Tuhan, imam mahadi,kerajaan langit,rasul akhir zaman dan bermacam macam lagi pengakuan yg tidak logik dari sudut akal.
ReplyDelete1. Jika kita bina satu 'time frame', kita akan dapati banyak perkara yang berlaku didalamnya. Dalam setahun ini, 2012, banyak perkara yang telah berlaku dan tidak semuanya dapat kita ingati. Dalam semenjak DS Najib jadi PM, lebih banyak yang berlaku dan sudah tentu banyak juga yang telah kita lupakan, atau kurang mengingatinya.
ReplyDelete2. Ruang ingatan kita memang sempit justeru memang kita hanya ingat sedikit. Benarlah kata TDM, 'Melayu mudah lupa'. Bahkan bukan hanya Melayu saja, manusia ini semuanya memang mudah lupa.
3. Namun begitu tetaplah ada diantaranya yang memang perlu kita ingat, untuk seketika ataupun sampai bila-bila dan selamanya. Ada yang sengaja ingin kita lupakan namun sukar untuk kita buangkan dari dalam fikiran. Kerana itulah kita terpaksa mencipta peristiwa atau apa-apa yang lain untuk dimasukkan kedalam ingatan bagi mengusutkan fikiran seterusnya melupakan yang lalu dan terdahulu.
4. Bagaimanapun janganlah kita terperangkap dengan jerat-jerat yang mereka bina. Ingat dan ingat-ingatkan lah....ingat Anu arr ingat liwat, ingat 16 september ingat pembohongan, ingat Al-Juburi ingat Mat Sabu, ingat Mat Sabu ingat Perdana 22, ingat Ostad Badrul ingat 'mandi burung', ingat manifesti PRU Pakatan, ingat kita sudah tertipu....
Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
ReplyDeleteBahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….
Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.
Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.
Respected throughout the Malaysian;
That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............
If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.
整个马来西亚的尊重;
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....
如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。
主办单位: MCA Selayang..