Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, September 15, 2012

Gimik 16 Sept Anwar Kini Di Kuching Pula…

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sinonim dengan 16 September. Pada tahun 2008, tarikh itu dinanti penuh debaran rakyat negara ini kononnya pembangkang akan ambil alih Putrajaya kerana ada ura-ura 30 Ahli Parlimen BN akan 'lompat' sertai pembangkang.

Akhirnya, semua tahu bagaimana Anwar berputih mata. Impian terus tinggal impian sebaliknya beberapa orang Ahli Parlimen dan Adun PKR tinggalkan parti itu.

Sejak itu, 16 September akan diingati sesetengah pihak sebagai tarikh pembohongan Ketua Pembangkang itu yang belum hilang impian untuk jadi Perdana Menteri.

Pada tahun ini, Anwar bikin gempak lagi apabila mengumumkan satu deklarasi yang dinamakan sebagai 'Deklarasi Kuching' pada Sambutan Hari Malaysia di Sarawak, pada 16 September nanti.

Deklarasi itu bakal menyatakan komitmen Pakatan Rakyat dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah.

Anwar berkata, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan pada negeri Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September..

Menurutnya lagi, segala persiapan sambutan tersebut dilakukan oleh Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak.

"Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Dalam pada itu satu deklarasi yang dinamakan sebagai 'Deklarasi Kuching' akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada usaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan sabah," jelasnya.

Deklarasi Kuching merupakan satu rangka bersama antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Seperti dilaporkan lidah rasmi PAS, ianya satu janji Pakatan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan.

Nampaknya, Anwar tidak pernah serik-serik dengan pelbagai janji yang gagal ditunaikan mereka. Kali ini, pembangkang sasarkan Sabah dan Sarawak kerana percaya jika PKR, DAP dan PAS dapat menguasai sebahagian besar kerusi parlimen di semenanjung itu yang jadi 'peti deposit' BN setiap kali pilihan raya, bermakna harapan mereka berarak ke Putrajaya cerah.

Sebab itu, pembangkang berkampung di Sabah dan Sarawak untuk janji macam-macam pada rakyat di negeri Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang itu.

Terpulanglah Anwar apa beliau nak buat.

Rakyat Sarawak khususnya pasti masih ingat macam mana Anwar awal-awal lagi 'ghaib' sebelum keputusan pilihanraya negeri itu diumumkan tahun lalu.

Sebelum itu, beliau pukul canang pembangkang sudah menang tetapi jawapannya semua rakyat Sarawak dan negara ini tahu sandiwara dan skrip pembangkang setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Mungkin Deklarasi Kuching pada 16 September ini peluang terakhir dan gimik Anwar serta sekutunya DAP untuk menabur janji sebelum PRU 13 -agendadaily

No comments:

Post a Comment