Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, August 14, 2012

Najib arah Kabinet bincang Seksyen 114A #JanjiDitepati @NajibRazak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.

"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


2 comments:

  1. Orang-orang PAS masih lagi bekerja dalam sektor kerajaan, ada antara mereka menjadi kerani, pembantu tadbir, timbalan pengarah serta pengarah di Putrajaya. Mereka ini adala duri dalam daging BN.

    ReplyDelete
  2. orang2 PAS yg dok kerja dlm kerjaan, pakat ramai berhenti kerja
    berkerja dlm parti PAS. Suruh parti PAS bayar gaji mereka.
    tengok boleh hidup kah?

    ReplyDelete