Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, August 14, 2012

Isu Serbuan Gereja : Mahkamah Putuskan Harakah FITNAH Umno Selangor

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memutuskan bahawa satu artikel yang tersiar dalam akhbar Harakah keluaran 19-21 Julai 2011 yang mengaitkan Umno Selangor dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos tahun lepas, adalah fitnah terhadap Umno.

 

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Zaki Husin bagaimanapun menolak tuntutan saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed terhadap setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan tiga yang lain berhubung penyiaran artikel berkenaan berikutan Mohd Zin bukan seorang penjawat awam.

 

Selain Mustafa, tiga defendan dinamakan dalam saman yang difailkan pada 14 Sept tahun lepas, ialah pencetaknya Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, editor Harakah Ahmad Lutfi Othman dan pemberita Khairul Azlam Mohamad.

 

Dalam penghakimannya, Ahmad Zaki berkata defendan sebelum ini ada membangkitkan isu bahawa plaintif tiada keupayaan untuk membuat tuntutan ke atas mereka.

 

Beliau berkata memandangkan isu yang dibangkitkan itu bukan isu prosedur tetapi isu berkaitan undang-undang, maka mahkamah membenarkannya

No comments:

Post a Comment