Artikel salinan dari Malaysiakini.com itu merupakan laporan intipati ucapan Anwar di kawasan parlimen anaknya, Lembah Pantai.
"Dengan memetik karya terbaru ulama tersohor Yusuf al-Qaradhawi bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak , Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, punca malapetaka di negara Islam adalah disebabkan oleh tiada kebebasan diberikan kepada rakyatnya," lapor portal pro-Anwar itu yang memberi dua maksud tersirat.
Pertama, seperti kebiasaannya, Anwar akan berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama besar seperti Dr Yusof Al Qaradawi ketika berhadapan dengan masyarakat muslim dan berselindung di sebalik tokoh-tokoh falsafah barat seperti John Locke ketika berhadapan dengan masyarakat bukan Islam.
Kedua, agenda utama yang mahu disampaikan Anwar adalah tema kebebasan yang menjadi intipati perjuangan PKR sejak mutakhir ini.
Tidak mengejutkan Anwar sekali lagi menggunakan nama Dr Yusof Al Qaradawi kerana di Indonesia kumpulan Islam Liberal sering berselindung dalam pembawaan agenda mereka di sebalik nama 'keluarga Hassan Al Banna'.
"Nama 'al-Banna' memang banyak dikutip oleh kaum liberal untuk menjustifikasi pendapatnya. Untuk membetulkan justifikasi fahaman Pluralisme Agama, dalam bukunya, 'Islam dan Pluralisme', Jalaluddin Rakhmat juga mengutip pendapat Jamal al-Banna,(tokoh Islam Liberal Mesir) dengan menekankan, "Jamal al-Banna adalah aktivis Muslim, anggota al-Ikhwan al-Muslimun. Kita mungkin menyebutnya fundamentalis dan anti-Barat," kata Dr Adian Husaini pengkaji Islam Liberal
Sila baca pandangan Dr Adian, "Islam Liberal bertopeng nama keluarga Hassan Al Banna" dan bandingkan apa yang dilakukan Anwar di Malaysia seperti dikupas GA, "Tanpa Qardawi…Tariq Ramadan pun Jadi…"
Agenda kebebasan merupakan senjata terakhir Anwar, namun ia tidak begitu difahami oleh kebanyakan rakyat
Bahkan pada penaja-penaja yang didalangi Yahudi di Barat, agenda kebebasan (freedom) dan hak asasi manusia (human rights) adalah intipati utama dalam kerangka 'demokrasi' mereka di dunia Islam.
Supaya nampak lebih indah, Anwar bawakan agenda demokrasi barat itu dengan jenama baru yang lebih berbau Islamik yang diistilahkannya sebagai "Islam dan Demokrasi" (baca : Demokrasi Liberal).
Make up Islamik itu sengaja dibaluti terhadap batang tubuh 'demokrasi' supaya tidak menakutkan umat Islam dan menyembunyikan agenda sebenar yang berselindung di sebalik kata-kata Islamik itu.
Untuk pemahaman lanjut, sila baca; "Anwar, Islam & Demokrasi : Ideologi & Dana" dan "Di sebalik Agenda 'Islam & Demokrasi' Anwar, Azizah & Nurul Izzah".
Kenapa masyarakat Islam tidak begitu memahami agenda sebenar yang mahu dibawa Anwar ? Sebabnya cara pembawaan Anwar yang 'kabur' dan sering berselindung di sebalik ayat Al Quran dan hadis Nabi serta nama tokoh-tokoh ulama tersohor.
Sebenarnya, semua itu sekadar topeng untuk mengelirukan orang ramai.
Senator Ezam Mohd Nor pernah ditanya, "Antara Sheikh Yusuf Qardhawi dengan
Namun, sikap tidak berterus terang Anwar ini juga menimbulkan masalah pemahaman di kalangan ahli-ahli PKR sendiri, sehingga ke peringkat terpaksa menggunakan pihak ketiga untuk menjelaskan hala tuju PKR.
"Pagi tadi, kita berdiri..kita menyanyikan lagu parti kita (PKR)..kebebasan..kebebasan rakyat kita..kita ulang berkali-kali..kebebasan..kebebasan..apa maksud kebebasan ?
"Adakah ia hanya satu perkataan..yang kita laungkan dengan semudahnya..atau ia adalah satu perspektif yang perlu kita lihat..dari semua segenap aspek untuk kita mencapai apakah itu kebebasan",kata Fadiah Nadwa Fikri, wakil Lawyers for Liberty (LFL) memberi penerangan kepada ahli-ahli PKR semasa Kongres PKR ke-8, di Johor.
Pada 14 April 2005, ketika Anwar berucap di Kelab Country Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur, beliau telah bersusaha membentuk hala tuju baru PKR itu kepada para penyokongnya.
"Saya bukan orang pintar dan menganggap saya terlalu besar peranannya..Saya hanya pekerja kecil, kebetulan diberikan kesempatan dan kepercayaan, saya nak manfaatkannya.
"Saya sebutkan ini bukan untuk membanggakan diri..tetapi untuk menyatakan..kita pejuang kebebasan dan keadilan tidak harus merasa kecil..dunia yang berfikir tau siapa kita.
"Saya diiktiraf bukan kerana saya Anwar Ibrahim, kerana mereka tahu saya mendokong cita-cita yang saudara-saudari dokong bersama,"katanya.
Ucapan di Kelab Country Paradise itu dibuat ketika Anwar pulang bercuti dari Amerika Syarikat (AS).
Sepanjang berada di AS selama hampir 2 tahun, Anwar banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti demokrasi yang didalangi kumpulan
Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dilakukan Anwar ketika di AS, sila baca "Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar'", "Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar' (2)" dan "Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar' (3)"
Anwar juga turut meletakkan dirinya dalam kalangan kumpulan 'Mont Pelerin Society,', iaitu satu kumpulan yang didalangi Yahudi untuk membawa agenda liberal dan pasaran bebas di seluruh dunia.
Senjata ideologi ciptaan Mont Pelerin Society, itu dibawa Anwar ke
Pemahaman lanjut, sila baca; "Awasi Senjata Terakhir Anwar", "Awasi Senjata Terakhir Anwar II", "Awasi Senjata Terakhir Anwar III" dan "Anwar Ibrahim Senjata Politik Neocon…"
No comments:
Post a Comment