Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, May 15, 2012

DEMOKRASI BN & DAP buat 'U-Turn' pujuk Tunku Aziz

Setelah banyak maki hamun dan prasangka buruk oleh penyokong DAP & pakatan pembangkang diportal dan laman sosial, nampaknya SUA DAP Lim Guan Eng sendiri akan memujuk Tunku Aziz supaya terus bersama DAP.
 
Saya terbaca satu artikel minggu lepas yang ditulis oleh RPK yang mahukan Tunku Aziz keluar dari DAP kerana beliau tidak sesuai dalam dunia politik masa kini. Nampaknya analisis dan pandangan RPK ternyata benar. Politik amalan parti-parti pembangkang sebenar-benarnya TIDAK DEMOKRATIK. Pemimpin mereka bertaraf MAKSUM dan tidak boleh ditegur.
 
Berbanding dengan para pemimpin UMNO & Barisan Nasional yang mengamalkan sikap terbuka dalam menerima kritikan yang munasabah. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri apabila berdepan dengan seorang Naib Presiden UMNO. Saya melontarkan kritikan terhadap beliau walaupun dalam hati agak ketakutan tetapi beliau mampu mengakui kesilapan dan menjawabnya persoalan dan pandanganya dengan baik.
 
Begitu juga dengan Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak. Banyak dasar-dasar dan program kerajaan yang beliau sendiri kaji semula setelah mendapat reaksi rakyat seperti GST, Skim Gaji Kakitangan Awam dan pemansuhan ISA. Bukankah itu tanda sikap terbuka pemimpin negara yang sedia mendengar suara rakyat? Dan mengapa kita tidak sedari?
 
Bayangkan waktu sekarang ketika Pakatan pembangkang belum berkuasa tetapi sudah amalkan pentadbiran KUKU BESI dan membuang pemimpin yang lantang melontarkan kritikan terhadap kepimpinan mereka. Apa yang akan berlaku jika mereka berkuasa kelak? Saya amat yakin bahawa RAKYAT pula menjadi mangsa !
 
Tak percaya ? Tanya sama YB Zul Kulim, YB Dr. Hasan Ali & YB Senator Tunku Aziz. Demokrasi sudah mati dalam Pakatan Pembangkang.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment