Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, May 15, 2012

Setuju dengan Datuk @Azalina "Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan"

Saya bersetuju dengan kenyataan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman bahawa golongan Felda yang maki hamun kerajaan wajar keluar dari Felda jika ada maruah. Sedangkan kerajaan bersungguh-sungguh sejak zaman Allahyarham Tun Abd Razak untuk menjaga kepentingan orang Melayu khususnya supaya keluar dari kepompong kemiskinan.

Mereka yang kufur nikmat tidak patut ada tempat. Jika bukan kerana Felda menyediakan peluang, sudah merempat hidup mereka. Sedikit kesalahan & masalah yang timbul diperbesarkan sungguhpun matlamat Felda telah tercapai.

Apa lagi yang mereka mahukan? Kerajaan tidak tipu mereka. Mereka dapat tanah yang diusahakan. Kerajaan melalui Felda bantu mereka dan anak2 mereka. Tetapi apa balasan yang kerajaan dapat? Makin hamun dan pembohongan berterusan hasil hasutan pembangkang.

Kita (bukan warga Felda) nak tanya kpd golongan yg kufur nikmat ini? Apa jasa pembangkang kepada kamu jika nak dibandingkan jasa kerajaan melalui Felda ?

Sekali saya tegaskan sokongan penuh kenyataan Datuk Azalina. Buat apa nak simpan lagi puak kufur nikmat ini dalam Felda!!!


Laporan Berita dari Sinar Harian.

Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan

KOTA TINGGI – Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, semalam.

Azalina turut menafikan durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri buat masyarakat Felda itu adalah untuk memancing undi.

"Duit yang diberikan kerajaan ini bukan untuk pancing undi. Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.

"FGVH disenaraikan agar peneroka Felda dapat pembelaan di bawah satu payung untuk mengaut kekayaan. Di mana dengan penyenaraian FGVH ini bakal memberikan keuntungan yang besar buat masyarakat Felda sendiri," katanya.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang, penduduk Felda sepatutnya berasa beruntung kerana sentiasa diberikan keutamaan.

Pada majlis tersebut, Azalina turut menyempurnakan penyerahan replika cek durian runtuh kepada wakil peneroka daripada sepuluh Felda di bawah kawasan Parlimen Pengerang.

Sementara itu, salah seorang peneroka Felda Sening, Kasmon manan, 65, menganggap durian runtuh tersebut amat berbaloi dengan kesusahan yang dilalui satu masa dahulu.

"Jika pada tahun 1980 kami pernah menerima gaji sebanyak RM5 sahaja, kini Alhamdulillah semua peneroka Felda sudah mewah dan dapat hidup senang. Segala pengorbanan kami benar-benar berbaloi," katanya yang berhasrat untuk melabur wang yang diterima di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bagi Manijah Surip, 61, peneroka dari Felda Papan Timur pula berkata, penduduk Felda sekarang amat beruntung kerana hidup senang dan tidak perlu berjimat seperti dahulu.

"Dahulu kita bukan sahaja terpaksa berjimat makan, malah semua perkara perlu berjimat untuk meneruskan kehidupan. Kini masyarakat Felda sudah dapat mengecapi kehidupan yang mewah," kata ibu kepada lima anak itu.

6 comments:

  1. datuk azalina ko pun leh kuar dari bumi ni sebab terang2 kutuk hukum tuhan. wanita islam WAJIB tutup aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excuse me, excuse me.. Sorry nk bertanya, ayat mana yg Datuk Azalina terang² kutuk hukum Tuhan ea?

      Delete
  2. anon 9.27,

    Hang jangan jadi lembu la.. hukum orang ikut kepala lembu ko.., itu la menteliti penganut ugama pas sesat.. semua orang dihukum. utk pengetahuan ko, dia tak pakai tudung itu dosa dia dgn allah. tapi puak2 ugama lembu mcm ko termasuk la tok guru sesat ko, hadi ngan najis tu. berdosa dgn seluruh org umno.. dasar sesat ilmu begitula.. mentaliti..

    kembalila kepangkal jalan..

    ding trg

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak pakai tudung itu dosa dia dgn allah..ni ustaz umno haprak yg ajar ke.. bila dia tak pakai kita pun tumpang sekaki ko tau tak. ko tak tau ke..jgn cakap ko tak tau nanti aku lembukan ko mcm lembu kak ijat hehe..

      bab ni pandai pula tu dosa dia dgn tuhan..yg umngok terhegeh tuduh org buat seks la apa la bukti pun takdak beria2 benar pulak suruh itu suruh ini..

      kalau ko nak tau jawapan yg aku bagi tu adalah jawapan yg aku amik dari jawapan Ibrahim adham bila ditanya oleh seorang pemuda..bukan dasar sesat ilmu mcm ko tulis..

      ko ler kuar umno balik ek pangkal jalan agar tak terus dilembukan..

      Delete
  3. baca yang nih dato oiii

    http://www.lamankongsi.com/2012/05/kepala-pelakon-yatt-haryati-melekat-di.html

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)

    ReplyDelete