Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, May 15, 2012

Pembangkang Tidak Matang - Sokong Chin Peng tapi Boikot Johan Radio Era & Tunku Aziz

Mana-mana dipihak yang dilihat memberi kerjasama dan pandangan positif terhadap kerajaan, akan diboikot dan dimaki hamun oleh gerombolan penyangak pembangkang di laman media sosial. Tunku Aziz yang istihar keluar dari DAP malam tadi begitu hebat dihentam oleh penyokong pembangkang sehinggakan majoriti dikalangan mereka memfitnah bahawa Tunku Aziz dibayar UMNO. Sedangkan apabila Tunku Aziz menyertai DAP, jawatan Naib Presiden terus diberi dan pelbagai pujian dihamburkan.
 
Ini adalah contoh politik kebencian yang ditanam kepada penyokong pembangkang sehingga pemimpin mereka si Tanggang Gombak sanggup tidak pulang berjumpa ibu kandungnya sendiri kerana kebencian politik.
 
Begitu juga nasib yang menimpa Johan dan radio Era. Mereka hanya cari makan melalui bakat yang Allah anugerahkan tetapi tetap menjadi mangsa rakus puak penyangak ini.
 
Berbeza pula nasib Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang disanjubg tinggi termasuk dikalangan lebai-lebai PAS apabila ada usaha untuk membawanya pulang ke Malaysia. Kerana apa? kerana keuntungan politik menguntungkan mereka
 
Apakah wajar budaya politik kebencian melampau wajar menjadi perang saraf utama Pakatan pembangkang? Bayangkan jika mereka ini diberi kuasa memerintah negara Malaysia ?
 
Saya boleh beri jaminan, mereka lebih kejam dari komunis !!!

No comments:

Post a Comment