Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 1, 2012

Siri 1: Kenapa FAM tidak boleh dikritik?

Ramai yang tidak puas atau muskil dengan kenyataan Presiden FAM yang dilihat cuba mempengaruhi Jawatankuasa Disiplin FAM tentang kritikan Annuar Musa terhadap prestasi pasukan bola sepak negara.

Annuar dikatakan telah melanggar arahan FAM bahawa pegawai mereka tidak boleh mengkritik FAM atau pasukan bola negara secara terbuka. Adakah ini bermakna pegawai FAM juga tidak perlu memuji prestasi pasukan mereka jika FAM mahu kenyataan pegawai mereka itu benar-benar dilihat sebagai adil, puji pun dilarang, keji pun ditegah???

Namun jika FAM hanya mahu menghukum pegawai-pegawai mereka hanya kerana mengkritik pasukan sendiri, sudah tentu FAM akan dilihat seperti dibawah pentadbiran sistem feudal iaitu hanya boleh memuji pemerintah atau diri mereka sendiri saja sedangkan kelemahan mereka pula perlu disorok malah terus dipuji??

Sebenarnya siapa pun tidak boleh terlepas daripada kritikan mana-mana pihak terutama jika entiti itu membabitkan wang rakyat yang memberi persetujuan untuk menanggung segala perbelajaan mereka termasuk menyediakan pasarana daripada keputusan kerajaan yang dipilih rakyat ini.

Oleh itu jangan jadikan FAM seperti kelab eklusif kepunyaan mana-mana pihak kerana selagi pasukan bola ini membawa nama negara, selagi itu setiap warganegara berhak menunjukkan keperihatinan mereka malah boleh mengkritik mereka jika prestasi mereka memang mengecewakan rakyat. 

4 comments:

  1. hai, tak berani nak komen atau kritik, nanti kena mengadap J/Kuasa Disiplin plak...;)

    ReplyDelete
  2. agak peliklah jika ts Anuar Musa kritik pasukan kebangsaan kerana dia adalah sebahagian yg buat dasar dan peraturan FAM,kalau pasukan kebangsan teruk dia terlibat juga kerana dia adalah juga pentadbir FAM.Kalau dia org luar org tak kisah sangat.Sepatutnya dia suaralah kritikan dalam mesyuarat badan induk tsb barulah kena pada tempatnya.FAM tentu ada peraturan yg perlu dipatuhi dan TSAM juga terlibat menggubal peraturan tsb tapi dia langgar tentulah janggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju pendapat anon 07:50 am

      Delete
  3. Saya setuju pendapat anon 07:50 AM.

    Saya percaya mana-mana organisasi sama ada kerajaan atau swasta akan menghukum mana-mana pegawainya yang mengkritik organisasinya secara terbuka.

    Dalam keluarga juga kita dilarang mengkritik ibu, bapa atau adik-beradik secara terbuka. Kau bayangkan, jika kita kutuk ayah atau ibu atau adik- beradik dalam kedai kopi atau kenduri-kendara. Bukankah malu?

    Hanya orang luar sahaja boleh kritik FAM seperti Raja Bola Sepak, Dato' Ghani Minhat, wartawan-wartawan sukan, pengulas-pengulas sukan dan peminat-peminat sukan. Sebab mereka bukan dalam organisasi FAM.

    ReplyDelete