Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 1, 2012

DS Anwar Perlu Dedah Strategi Penuh Hapus Hutang PTPTN

PENULIS tertarik dengan strategi untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara (PTPTN) yang disebutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis Dialog Bersama Professional Muda semalam.

Anwar dilaporkan dalam program semalam memberikan masa 3 tahun dengan beberapa strategi penjimatan dari bajet tahunan negara sebanyak RM 150 billion untuk tujuan penghapusan hutang PTPTN, selain menggunakan hasil dari syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Maklum balas yang penulis terima berhubung dengan kenyataan ini amat positif sekali, rata-rata peminjam PTPTN yang penulis temui amat berharap dengan janji yang diberikan Anwar ini akan dilaksanakan sebaik Pakatan Rakyat mengambil tampuk pemerintahan negara nanti.

Ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka dalam menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat.

Tapi ada juga segelintir yang ragu-ragu dengan perlaksanaan janji tersebut kerana jumlah lebih RM 40 billion yang telah dikeluarkan kerajaan (melalui PTPTN) sejak 1997 untuk menampung dana pinjaman ini pada para peminjam amatlah besar untuk dibayar kembali dengan menggunakan wang rakyat.

Malah ada kelompok rakyat yang tidak mendapat manfaat langsung dari pinjaman PTPTN ini merasakan tidak adil sekali wang mereka digunakan untuk membayar kelebihan yang hanya dimiliki sesetangah kelompok yang lain.

Ada juga segelintir ibu bapa yang mahu tahu sama ada selepas hutang PTPTN ini dihapuskan, adakah mereka terpaksa membayar untuk pengajian anak masing-masing atau kerajaan Pakatan Rakyat akan menjanjikan kemudahan pendidikan percuma di peringkat Universiti seperti mana di sesetengah negara di barat.

Maaflah kalau penulis katakan, setelah dicampur semua yang ‘segelintir’ di atas, jumlahnya penulis rasa jauh lebih ramai dari yang gembira dengan janji untuk menghapuskan hutang PTPTN ini.

Semua ini persoalan yang timbul ini perlu diperjelaskan semula dalam bentuk pembentangan strategi penuh yang bakal diambil oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN ini.  Apatah lagi bila janji penghapusan PTPTN ini tidak disebutkan dalam buku Jingga yang menjadi satu-satunya dokumen rasmi yang menunjukkan kerjasama antara parti pembangkang di Malaysia.

Penulis suka nak mengingatkan bahawa, selain PTPTN, Pakatan Rakyat telah membuat beberapa janji lain yang semuanya memakan wang rakyat yang besar, antaranya menaikkan royalti petroleum sebanyak 20% kepada rakyat di Sabah dan Sarawak (kenaikan sekali ganda dari jumlah yang dibayar sekarang), pengambilalihan syarikat konsesi untuk penghapusan tol, menurunkan harga minyak dan sebagainya.

Disamping itu kita masih lagi perlu meneruskan semua kemudahan-kemudahan yang sedang dijalankan kerajaan sekarang, antaranya skim perkhidmatan kesihatan, bantuan kebajikan masyarakat, rebat tenaga dan sebagainya.

Janji-janji itu pula didaftarkan dalam buku Jingga sedang PTPTN (seperti yang telah disebutkan di atas) tidak!!

Tidak hairan kenapa Barisan Nasional (BN) menggunakan strategi, negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat berkuasa, dengan memanipulasi semua janji-janji yang telah dijelaskan dalam buku Jingga untuk menyokong fakta mereka.

Justeru penulis rasa amat penting untuk Datuk Seri Anwar sendiri dan Pakatan Rakyat mendedahkan secara penuh strategi yang bakal digunakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti untuk menghapuskan hutang PTPTN, atau kita berhadapan dengan risiko rakyat menganggap semua janji itu sebagai modal untuk mendapatkan undi semata-mata. - SUARA RAKYAT

5 comments:

  1. kalau setakat berjanji kosong, anuwar lah manusia paling hebat. tabur janji sana sini. yang ajaibnya, pengikut tegar dok tadah kencing anuwar

    ReplyDelete
  2. utk student yg dh langsai loan ptptn camne
    aku nak claim balik duit yg aku bayar tu baru adil

    ReplyDelete
  3. Wahai rakyat Malaysia, cuba lihat dalam cermin. Bukan insan dalam cermin itu saja yang mahu hidup di dunia ni.

    PTPTN ni dibuat sebagai pinjaman supaya boleh wujud satu kitaran.

    Kitaran ni mudah. Bila ada orang yang layak nak melanjutkan pelajaran di universiti, dia akan dapat pinjaman. Dah dapat pinjaman, belajar sampai dapat kelulusan yang membolehkan dia cari makan, lepas tu bayar laa hutang PTPTN.

    Kalau tak bayar hutang, generasi selepas tuh nak belajar macam mana? Kerajaan nak bayar semua ke? Kerajaan nak tanggung semua yuran pengajian universiti, tak kira peminjam belajar di universiti awam atau swasta? Betul?

    Cuba lihat laa. Andaikata yuran pengajian untuk setahun ialah RM15,000 (ini sangat rendah, nilai hanya untuk contoh), dan setahun kerajaan perlu tanggung 50,000 orang (juga bilangan yang amat rendah, contoh saja), maka setahun kerajaan perlu bayar RM750 juta!

    Tahun selepas itu kerajaan perlu bayaran RM750 juta + (kos untuk bilangan pertambahan pelajar). Setiap tahun kos akan naik, memang takkan turun. Titik RM10 bilion setahun senang2 dicapai.

    Dengan keuntungan Petronas sekalipun, sampai bila boleh berbelanja sebegini? Negara tak perlu belanja untuk benda lain kah? Kalau graduan2 yang dah dilatih dengan baik dan percuma tu lari ke luar negara untuk bekerja, camne?

    Wahai rakyat Malaysia. Janganlah benarkan diri anda dikencing oleh anwar ibrahim. Dia punya cakap cukup manis, idea dia cukup gempak, tetapi sayang, hanya layak buat bahan gurauan di kedai kopi saja.

    Tolak saja anwar. Tolak penipuan. Tolak pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Siapa tipu dan siapa penipu bukan soalnya, soalnya disini ialah Salah guns Dana Kerajaan berbillion ringgit Lesap tak tau kemana perginya. Pikir pikirkan!!!

    ReplyDelete
  5. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%.Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete