Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 3, 2012

PAS CILAKO : ISU MURTAD TIDAK PENTING ?

Hasan bidas Dr Rani

 

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman, yang mendakwa isu video murtad tidak penting berbanding isu pengundi hantu.

 

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor menyifatkan kenyataan itu membuktikan Dr Rani ketua parasit di Selangor kerana memandang rendah gejala murtad yang semakin meruncing.

 

Menurutnya, ahli Pas perlu tahu sifat pemimpin dipilih dan beliau menggesa pemimpin itu perlu disingkirkan dari barisan pimpinan Pas.

 

"Cuba bayangkan isu pengundi hantu dibandingkan masalah orang masuk Kristian, inilah contohnya ketua parasit dalam Pas di Selangor.

 

"Saya harap Dr Rani kembali kepada sensitiviti dan akal beliau, kembali kepada perkara pokok dalam Pas iaitu sebagai parti akidah, syariah dan akhlak bertunjang Islam," katanya.

 

Hasan berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rani bahawa tayangan video murtad tidak penting berbanding isu pengundi hantu dan ahli Pas tidak perlu mengikuti pendedahan tersebut.

 

Beliau turut mempersoalkan mengapa Dr Rani tidak memikirkan kepentingan mengembalikan akidah orang yang murtad dan menganggap perkara itu lebih utama berbanding isu lain.

 

Kelmarin, Pas Selangor memberitahu pihaknya tidak menggalakkan ahli Pas mengikuti pendedahan video murtad oleh Hasan.

4 comments:

  1. pulak dh, anonApr 2, 2012 10:40 PM, x leh terima lah tu

    ReplyDelete
  2. Apa yv fitnahny

    ReplyDelete
  3. org taksub Pas mana dia nak risau sebab hatinya dah hitam gelap dek pengaruh syaitan dn dajjal laknatullah!...apa taknya sanggup anggap isu murtad tu tak penting... mudah mudahan Allah akan beri balak dn petunjuk kpd mereka apabila ada anak cucu suku sakatnya yg terlibat dgn kes murtad ni pada satu masa nanti tunggulah tak lama tu!...jangan nanti menyesal apabila politik Islam pluralisme-libralisme yg dibawa oleh Anwar dan kuchu2nya termasuklah si Ambiga pembela isu murtad Lina Joy tu terkena keluarga kita sendiri... bila berlaku nanti muncullah keadaan dlm sebuah keluarga Melayu di mana si bapa beragama Islam, si ibu pula kristian, anak2 pula beragama lain ada Hindu, buddha dan free thinker!..ini telah pun menular di Indonesia...tunggulah masanya akan tiba nanti peristiwa apabila si bapa sedang melaungkan azan subuh lalu dimarahi oleh isteri dn anak2nya yg berlainan agama kerana si bapa dikatakan telah membuat bising menggaggu tidur mereka!...adakah Pas mahukan keadaan begini? Nauzubillah!

    ReplyDelete