Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 25, 2012

'Durian Runtuh' FELDA Cukup Untuk Peneroka Tunai Haji

Segala masalah yang mengganggu fikiran para peneroka apabila cadangan untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) diumumkan, kini boleh dikatakan selesai sepenuhnya.

Peneroka sebelum ini telah 'diganggu' oleh pembangkang yang menyebarkan berita-berita palsu dan berniat jahat bagi menggagalkan penyenaraian ini. Alasan mereka kononnya Felda tidak layak disenaraikan berdasarkan rekod kewangan syarikat tersebut, serta penyenaraian itu akan merugikan peneroka.

Kemuncak usaha jahat pembangkang ini ialah menggagalkan mesyuarat yang bertujuan mendapatkan pandangan peneroka serta memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda, Felda Plantation, memajakkan tanahnya seluas 360,000 kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

FGVH bukanlah syarikat kecil atau kampungan yang terletak di atas rumah kedai berderet di sebuah pekan kecil. FGVH adalah syarikat bertaraf dunia dengan rekod tidak pernah rugi. Syarikat ini menjalankan perniagaan global seperti perniagaan minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan serta beroperasi di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat dengan memiliki lebih 80 anak syarikat aktif. Hari ini, ramai anak-anak Felda kini bekerja di syarikat-syarikat Felda di luar negara malah ada juga yang menjadi tenaga pengajar mengenai proses-proses pembuatan minyak sawit kepada orang-orang asing tersebut.

Keuntungan terkumpul daripada operasi luar negara sahaja sejak ditubuhkan pada tahun 2009, kini berjumlah RM569 juta.

Bagi penyenaraian ini, lima buah bank pelaburan iaitu Maybank, CIMB, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank telah dilantik untuk menguruskan proses penyenaraian, sementara audit pula akan dilakukan oleh Pricewaterhouse Coopers (PwC).

Oleh yang demikian, menuduh FELDA 'menempah maut' melalui penyenaraian ini adalah tidak masuk akal sama sekali kerana tidak mungkin pihak yang telah berjaya membangun dan memperkasakan FELDA sehingga menjadi sebuah 'empayar' akan dengan sengajanya membuat keputusan yang tidak bijak dan merugikan.

No comments:

Post a Comment