Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 25, 2012

Kelab Chedet - Bicara Pemansuhan ISA Siri 1

Semua orang tahu bahawa tujuan sesuatu undang-undang dibuat adalah untuk menjaga kepentingan awam. Kepentingan awam yang dimaksudkan itu perlulah meliputi majoriti rakyat. Jika majoriti rakyat sudah tidak lagi mendapat faedah seperti mana yang diharapkan maka sudah sewajarnyalah undang-undang itu dimansuh atau dipinda untuk menjadikan ia lebih releven dengan khendak majoriti rakyat.
 
Lazimnya atas dasar inilah kerajaan akan meminda atau memansuhkan sesuatu undang-undang. Bagi mereka yang menentang ISA atau AUKU sudah tentu mengatakan majoriti rakyat sudah tidak lagi memerlukan undang-undang seperti ini, maka itu mereka mendesak undang-undang itu dimansuhkan. Persoalannya sekarang, apakah benar undang-undang seperti ISA atau AUKU sudah tidak lagi releven kepada kepentingan majoriti rakyat? Adakah gulungan yang menentang undang-undang ini benar-benar mewakili gulungan majoriti rakyat??
 
Dalam soal keselamatan negara kerajaan tidak boleh berkrompomi dengan mana-mana pihak hanya kerana mendapat tentangan hebat dari segulungan rakyat kerana mereka yang menentang hebat itu tidak bermakna meraka mewakili gulungan majoriti rakyat.
Biasanya gulungan yang berpontensi mengengkari sesuatu undang-undang itulah yang menjadi gulungan penentang terhadap mana-mana undang-undang yang membelengui mereka. Sudah tentu mana-mana rakyat yang tidak berhajat mengengkari undang-undang tidak akan terrasa kesan pun daripada undang-undang berkenaan walau seberat mana hukuman kepada mereka yang engkar.
 
Misalnya siapakah diantara kita yang ambil kisah tentang hukuman mati yang dikenakan ke atas pengedar dadah. Sudah tentu kita tidak pernah peduli tentang hukuman itu, bukan kerana disebabkan kita tidak takut tetapi kita sendiri tidak pernah terfikir mahu melakukan perkara tersebut, justru kita tidak terrasa kesan daripada undang-undang yang berat itu seperti mana mereka yang berpontensi mahu melakukan perkara yang dilarang ini.
 
Hari ini mereka yang menentang ISA mendakwa undang-undang ini tidak lagi relevan kerana ia dibuat ketika negara kita dalam keadaan darurat takala kita menghadapi ancaman komunis tetapi maksud sebenar undang-undang itu dibuat adalah untuk melindungi keselamatan negara daripada sebarang ancaman.
Kenapa penentang ISA ini merasa bimbang jika tindak tanduk mereka tidak mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara?? Orang yang bermain api sudah tentu tidak melihat bahaya yang bakal menimpa jika mereka tidak berwaspada dengan api yang dimainkan itu.
 
Begitu juga mereka yang suka memainkan isu-isu sensitive ini sudah tentu tidak melihat bahaya yang bakal menimpa negara jika mereka tidak berwaspada mengawal sensitiviti masyarakat akibat daripada isu-isu yang mereka mainkan itu. Sebagai langkah berjaga-jaga pihak pengajur perlu menyediakan "fire extinguisher" supaya pemainan api ini tidak menyebabkan kebakaran. Begitu juga kerajaan memerlukan undang-undang yang tegas seperti ISA bagi mengawal isu-isu sensitive ini supaya tidak mengancam keselamatan negara.
 
Hari ini kerajaan memansuhkan ISA dengan menggantikan undang-undang baru umpama kita mengganti "fire extinguisher" yang lama dengan yang baru untuk tujuan yang sama. Tetapi mereka yang menentang ISA umpama mereka tidak mahu "fire extinguisher" yang baru, mereka sebenarnya lebih suka "bermain api" tampa memerlukan "fire extinguisher" untuk berwaspada kerana itu lebih mencabar dan menarik perhatian penonton mereka. Sama ada kerajaan menggunakan undang-undang lama atau undang-undang baru, bagi mereka undang-undang berkenaan tetap tidak lagi relevant, mereka sebenarnya tidak mahu apa jua undang-undang yang mengawal kebebasan mereka.
 
Jadi ini bermakna, yang menjadi isunya sekarang bukanlah berpunca daripada undang-undang (ISA) tetapi mereka yang menentang itu sebenarnya menjadi punca kepada permasaalahan ini. Adakah mereka yang menentang ini mewakili majoriti rakyat, jika jawapannya YA, itu bermakna era kerajaan bermajoritikan rakyat sudah pun berlalu. Jadi tidak hairanlah kenapa kerajaan terpaksa melayan mereka yang menetang ISA jika mereka sudah dianggap mewakili majoriti rakyat.
 
Penulis - Nordin
Sumber & Perbincangan - http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=68201#68201

No comments:

Post a Comment