Sejak kebelakangan ini fenomena pemimpin-pemimpin veteran Umno menghentam parti yang dianggap keramat bagi orang Melayu itu semakin menjadi-jadi. Dan sudah tentu, yang paling menjadi buah mulut masyarakat pastinya perihal dua orang ‘otai’ yang kini boleh dilabelkan sebagai ‘pengkritik tetap’ parti itu. Mereka yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Namun begitu, selepas segala kenyataan yang telah mereka lakukan yang boleh dianggap memberikan ‘damage’ kepada parti, sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil oleh Lembaga Disiplin parti terhadap mereka sehingga menimbulkan cakap-cakap yang ahli Lembaga Disiplin Umno sebenarnya takut kepada dua orang ‘legend’ ini. Persoalannya kini, sejauh mana kebenaran persepsi yang berlegar di fikiran orang ramai kini? Benarkah Lembaga Disiplin Umno takut untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka berdua?
Tengku Razaleigh pula dilihat kerap memberikan kenyataan yang ‘mesra pembangkang’. Contohnya di dalam isu royalti minyak Kelantan di mana beliau menegaskan bahawa sebagai individu yang terlibat dengan penubuhan Petronas, beliau tahu kerajaan negeri mempunyai hak menerima royalti berdasarkan Akta Petroleum 1974, satu kenyataan yang nyata bertentangan dengan pendirian Umno. Dakwa ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu, royalti itu masih tetap milik Kelantan walaupun pada kawasan yang bertindih dengan Thailand dan ini bertentangan dengan pendirian Kerajaan Pusat yang menetapkan Kelantan hanya layak menerima wang ihsan.
Samada dua orang otai ini sedar atau tidak, kenyataan ‘bola tanggung’ mereka ini telah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk ‘smash’ Umno, parti yang menaungi mereka. Pakatan Rakyat yang sememangnya terkenal di dalam memanipulasi isu semestinya akan menerima baik ‘bonus’ ini dan akan dijadikan modal mereka di dalam kempen pilihanraya mereka nanti.
Penulis tidak pasti apakah motif sebenar kedua-dua orang yang begitu dihormati ini di dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut. Mungkin mereka ini mempunyai agenda besar yang tidak sempat mereka laksanakan ketika mempunyai kuasa dan kini berusaha untuk memastikan agenda itu tercapai, wallahualam.
Satu perkara yang berlegar di fikiran penulis adalah mengenai pegangan Tengku Razaleigh di dalam isu royalti Kelantan. Pada penulis, masa yang paling sesuai sebenarnya untuk beliau ‘memperjuangkan’ royalti ini adalah ketika beliau bergelar Menteri Kewangan dulu. Pelik penulis memikirkan kenapa hanya semenjak-dua ini baru beliau lantang di dalam menyuarakan apa yang didakwanya sebagai hak orang Kelantan itu. Mengapa tidak dulu? Ini menimbulkan tanda tanya, adakah beliau benar-benar ikhlas ataupun beliau sebenarnya mempunyai agenda peribadi yang masih tidak kesampaian? Agenda yang seiring dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada pandangan peribadi penulis, jika kedua-dua pemimpin ini benar-benar berintegriti di dalam memperjuangkan pendirian mereka yang nyata bertentangan dengan pendirian parti, satu cara yang baik adalah dengan mengundurkan diri dari Umno kerana tindakan mereka hanya memberikan impak negatif kepada parti itu yang kini berusaha keras untuk memulihkan semula imej mereka. Penulis percaya jika mereka bertindak sedimikian, mereka akan lebih dihormati seperti mana yang pernah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak keluar dari Umno setelah tidak seiringan dengan Presiden Umno ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-mD
Ku li marah umno sbb tak dapat jadi PM. Kadir marah umno sbb lesen tv yg dipohon tak diluluskan
ReplyDeleteSemua org tau Kadiaq kaki betina. pantang nampak perempuan dahi licin. Selalu jumpa bos glc minta projek utk tanggung kos perempuan yg dibelanya
ReplyDelete