Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 28, 2012

Kelab Chedet : Dasar Pandang Ke Timur mahu dihidupkan kembali - @NajibRazak

Tahniah kepada PM Najib kerana masih berusaha meneruskan dasar-dasar yang pernah dibawa oleh Tun Dr Mahathir. Tun sebenarnya tahu bahawa orang kita khususnya orang Melayu masih dibelengu dengan minda penjajah. Bukan senang untuk kita mengubah minda yang sudah dijajah sejak beratus tahun dulu. Walau pun hari ini ada sejahrawan kita cuba menafikan yang kita pernah dijajah sepenuhnya oleh British, namun dalam masa yang sama minda kita juga tidak pernah dibebaskan sepenuhnya daripada penjajahan British.

 

Diawal pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu, beliau cuba mengubah minda orang-orang Melayu ini supaya mereka tidak lagi terus dijajah. Tun memperkenalkan beberapa dasar yang tidak beberapa popular di Barat seperti "Buy British Last policy" dan "Dasar Pandang Ke Timur". Malah Tun cuba pulak mengambil-alih syarikat gergasi Guthrie kepunyaan British yang pernah diterajui oleh MB Selangor sekarang. Tun bangunkan menara Petronas yang tertinggi di dunia dengan menggunakan kontraktor dari Jepun dan Korea hanya mahu membuktikan yang orang Asia juga mampu malakukan kerja-kerja yang tidak pernah mereka lakukan dulu.

 

Tun sentiasa mengingatkan kita supaya kita tidak kembali dijajah kerana penjajahan dalam bentuk baru lebih berbahaya daripada penjajahan secara lama. Dulu penjajah menggunakan senjata dan kekerasan untuk menjajahkan kita tetapi sekarang mereka menggunakan muslihat melalui agenda yang lebih besar yang kita sendiri tidak nampak, lalu kita menerima kehadiran mereka secara sukarela. Namun kita tidak perlu ganggap apa saja yang dibuat oleh bangsa Barat itu tidak baik tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak boleh menafikan kemampuan bangsa Timur dalam mencorakkan tamadun dunia.

 

Apa guna kita mahu bina negara ini ikut acuan kita sendiri jika acuan itu pun kita tidak mampu cipta dan buat melainkan meniru dan menciplak hak orang lain punya. Sebab itu Tun mahu kita belajar teknologi-teknologi baru bukan saja daripada negara-negara Barat tetapi juga daripada siapa saja yang mempunyai ilmu termasuk dari Jepun, Korea, China mahu pun India. Sejak dulu lagi Tun memang mengagumi kehebatan Negara China kerana dapat membangunkan negara mereka tampa campur tangan dari pihak Barat.

 

Tun pernah kata, walau pun Barat memandang China satu ancaman kepada dunia namun China kata Tun tidak pernah menjajah sesiapa pun walau pun mereka lebih hampir dengan kita berbanding penjajah Barat. Ini semua kerana adanya dakyah Barat yang sentiasa memburuk-burukkan kemampuan orang Asia kerana mereka mahu dilihat sebagai bangsa yang supreme di muka bumi ini.

 

Dengan adanya iktizam terbaru Najib ini, itu menampakkan yang Najib juga berjiwa besar kerana mahu meneruskan usaha yang pernah ditinggalkan oleh Tun dulu. Jika kita ingin menjadikan diri kita sebagai bangsa yang hebat, kita harus mencontohi kualiti yang baik dari orang lain dan tinggalkan mana-mana kualiti yang tidak baik itu, bukannya mencerca macam apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang, sebab mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kualiti yang baik melainkan kualiti mencerca orang lain saja. Tahniah sekali lagi kepada DS Najib kerana memahami dasar yang pernah diperkenalkan oleh Tun dulu.


Utusan wrote:
Malaysia, Jepun peringati 30 tahun Dasar Padang Ke Timur

14/03/2012 3:30am

PUTRAJAYA 14 Mac - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bertukar-tukar perutusan khas memperingati ulang tahun ke 30 Dasar Pandang ke Timur Malaysia (LEP).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua Perdana Menteri menegaskan bahawa LEP adalah satu petanda tentang wujudnya ikatan persahabatan dan perkongsian akrab antara Malaysia dan Jepun.

"Kedua-dua pihak melahirkan harapan bahawa Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini, akan maju secara signifikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan kejuruteraan, tidak saja di Malaysia tetapi juga untuk rantau ASEAN," katanya.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke 30 LEP Malaysia, yang diperkenalkan oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982.

LEP mempunyai matlamat utama menimba pengetahuan teknologi, etika kerja dan nilai-nilai kerja yang baik yang dilihat sebagai satu daripada unsur penting bagi kejayaan negara-negara membangun di Asia Timur, terutama Jepun. — BERNAMA

2 comments:

  1. elok juga kerajaan buat kembali dasar-dasar yang telah berjaya sebelum ini mengikut kesesuaian sekarang

    ReplyDelete