Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 29, 2012

Kelab Chedet : Dr Mahathir kecam US paksa sekat Iran

Walau pun sudah tidak berkuasa lagi tetapi Dr Mahathir masih tetap bertegas mengecam Amerika seperti dulu kerana sikap Amerika yang suka membuli negara-negara kecil hanya kerana mahu menjaga kepentingan dan keselamatan Israel.

Betul kata Tun, walau pun Israel jauh lebih kecil daripada Malaysia tetapi kuasanya cukup besar hingga mampu menjadikan Amerika proksi kepada Israel untuk menyerang mana-mana negara yang dianggap sebagai mengancam keselamatan mereka.

Hari ini Obama terpaksa tunduk dengan khendak PM Israel yang mahu Amerika menyerang Iran kerana Iran dituduh sedang membina senjata nuklear. Pada hal semua orang tahu yang Israel sudah mempunyai senjata nuklear jauh lebih lama dan canggih daripada Iran jika sekali pun benar Iran mempunyai senjata nuklear.

Jadi tidak hairanlah kenapa akbar Israel The Jerusalem Post mengalu-nagalukan kenyatan Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha-usaha Amerika melindungi keselamatan Israel. Salah satu usaha Amerika melindungi keselamatan Israel ialah mengancam untuk mengebom Iran atas alasan Iran mempunyai senjata nuklear untuk menyerang Israel.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad pernah minta bantuan Tun takkala bekas Presiden Bush mengancam mahu mengebom Iran. Tun guna hubungan baiknya minta bantuan dari bekas Presiden Perancis Jacques Chirac, Presiden Russia dan Presiden China untuk bantah rancangan Bush itu. Akhirnya Bush terpaksa akur bantahan dari pemimpin-pemimpin kuasa veto ini. Sebab itu Tun sangat dihormati oleh Ahmadinejad.





[img] http://3.bp.blogspot.com/-rATWFlNABUg/Tz2701MoNxI/AAAAAAAABUU/MAl5QbABsuU/s400/anwar_keldaizionis%255B1%255D.jpg[/img]




Pembohongan akhbar Israel terhadap kerajaan Malaysia hanya kerana mereka menyokong Anwar Ibrahim

Netanyahu to urge Obama to threaten Iran
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/israel/9116941/Netanyahu-to-urge-Obama-to-threaten-Iran.html


Sinar Harian wrote:
Sekatan: Dr M kecam AS paksa negara lain


Presiden Iran Mahmood Amadineejad pernah mintak Tun Dr Mahathir jangan berundur daripada jadi Presiden OIC

AYER KEROH - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit.

Sambil menyatakan tindakan itu tidak wajar, beliau turut menegaskan keadaan itu akan menimbulkan suasana tegang dari skop ekonomi.

“Saya tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat yang mahu melaksanakan sekatan terhadap minyak Iran sedangkan orang lain enggan berbuat demikian.

“Sekiranya negara lain enggan berbuat demikian, mereka akan mengambil tindakan umpamanya menyekat dagangan, mata wang dan pelbagai lagi.

“Amerika Syarikat hendak buat sesuatu buatlah tetapi mengapa perlu paksa negara lain. Cara mereka seolah-olah membuli negara seperti kita tetapi dia tidak berani lakukan terhadap China, India ataupun Eropah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Simposium bertajuk Budaya Global Menghasilkan Perpaduan Sejagat di sebuah resort di sini, hari ini.

Program membabitkan kira-kira 500 pelajar dan guru dari sekolah berasrama penuh seluruh negara adalah anjuran Kementerian Pelajaran dengan menyaksikan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Ayer Keroh sebagai tuan rumah.

Dr Mahathir berkata, kenaikan harga minyak yang berlaku juga disebabkan oleh AS.

“Amerika patut bayar semua kenaikan yang berlaku dan tidak sepatutnya rakyat yang menanggung semua ini.

“Ini tidak adil bagi negara miskin yang terjejas disebabkan kenaikan harga minyak sehingga banyak syarikat penerbangan mengalami gulung tikar,” katanya.

Beliau berkata, di Malaysia terdapat subsidi harga minyak yang diberikan kerajaan, namun ia akan meningkat sekiranya harga minyak terus naik.

“Apa yang dilakukan terhadap Iran hampir sama dengan apa yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini dengan menggunakan alasan kononnya negara terbabit ada membangunkan nuklear,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan AS berkuat kuasa.

No comments:

Post a Comment