Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 14, 2012

#BR1M : Haji Rahim Kamarudin KB UMNO Gombak TUNAIKAN JANJI PM @NajibRazak

"Janji Dikota, Rakyat Terbela" itulah ungkapan kata yang menceritakan kisah realiti dunia politik di Malaysia apabila Barisan Nasional (BN) memegang tampuk pemerintahan sejak merdeka. Kemakmuran dan keamanan yang dikecapi dinikmati seluruh rakyat tidak kira bangsa, agama mahupun perbezaan politik.

Ketika sidang Parlimen semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejumlah RM1.92 Billion telah dibelanjakan untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 3.8 juta isi rumah sehingga 1 Mac 2012.

Manakala negeri Selangor dibawah pemerintahan pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan Negeri Berkebajikan adalah penerima tertinggi dengan 13% dari jumlah keseluruhan. Laporan lanjutnya disini

Dan pemimpin UMNO Gombak tidak ketinggalan menunaikan janji yang dibuat oleh DS Najib kepada rakyat dalam Program Penyampaian BR1M. Beberapa siri Majlis Penyampaian BR1M Dun Hulu Kelang sahaja telah dilangsungkan dan dilaporkan di sini, sini dan sini.

Majlis Penyampaian BR1M Dun Hulu Kelang di Dewan SK Taman Melawati

Yang terbaru pada Ahad lalu apabila seramai hampir 300 orang penerima BR1M hadir. Majlis Penyampaian BR1M Dun Hulu Kelang disempurnakan oleh Tuan Haji Rahim Kamarudin, Penyelaras BN Gombak yang juga Ketua UMNO Gombak.


Dalam ucapannya, Tuan Haji Rahim Kamarudin mengingatkan warga Hulu Kelang tentang keikhlasan Perdana Menteri, datuk Seri najib Tun Razak dalam usaha membangunkan negara dan membantu rakyat. berbilang kaum berbanding dengan pakatan pembangkang yang sekadar menabur janji tetapi tidak ditunaikan. 

Beliau juga menceritakan kisah-kisah penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor terutamanya skandal pasir seperti yang dibongkarkan oleh pemilik portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin. Dalam pada itu beliau turut menyeru supaya warga Hulu Kelang terus menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum (PRU 13) akan datang.

Majlis Penyampaian BR1M yang bermula tepat jam 2 petang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan berakhir pada jam 4 petang. 

Pengarah Program kali ini adalah pemimpin muda UMNO Gombak yang juga bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Gombak iaitu saudara Aidi Haris.








3 comments:

  1. Ini bukan duit UMNO atau duit BN. Ini duit rakyat! Tak malu ke buat bagi free...5o tahun memerintah baru sekarang nak bagi. Masa tengah Malaysia kaya lupa semua nak bagi kat rakyat..... Cerita apa nii.. NAK MEMPERBODOHKAN rakyat yang dah celik. Aku ingat lepas menang ini habih rompak khazanah negara.....

    ReplyDelete
  2. Ak pun tk fhm nagn rakyat malaysia cm ko nie, bila duit rakyat bg kat rakyat korg marah, bila krajaan guna duit rakyat untuk pembangunan pun ko marah...apa la y korg n sbnrnye..cb la ko pikir sendri apa y ko ckap nie betol ke tk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous 07.59am. Klau kau org melayu aku ludah muka kau..klau kau jenis lain xtau nak bersyukur aku panggil abg nuar sumbat mulut kau dgn kontol bengkok dia..blahhhhh kau ni jenis anak gampang kot...

      Delete