Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, February 11, 2012

Rahim Kamarudin dan BN Gombak di Majlis BR1M Hulu Kelang

Seramai 800 penerima bantuan BR1M sekitar Hulu Kelang menerima baucar mereka yang dilakukan dalam 2 sessi, pagi dan petang dan disampaikan sendiri oleh Ketua UMNO Gombak merangkap Pengerusi BN Gombak, Haji Rahim Kamarudin.

Dalam ucapan ringkasnya, Haji Rahim Kamarudin memberitahu bahawa BR1M adalah bukti komitmen Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang membelanjakan hampir mencecah RM3 billion untuk membantu rakyat.

Ujar beliau lagi, UMNO Gombak sendiri membantu lebih dari seribu penduduk miskin melalui bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Oleh itu, beliau menyeru hadirin supaya terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri melalui Barisan Nasional kerana tidak mudah untuk uruskan kerajaan dan menunai janji.

Beliau juga memberitahu pesanan PM kepada Rakyat dlm meeting pemimpin Selangor baru-baru ini bahawa BR1M bukan yg terakhir kerana masih ada banyak bantuan terus kepada rakyat Seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Mengakhiri kata, Haji Rahim Kamarudin berharap warga Hulu Kelang dapat bersatu padu untuk memaju negara kita dan wajar bersyukur kerajaan tidak ketepikan sesiapa sahaja.

Sessi pertama bermula jan 10.30 pagi dan sessi kedua bermula jam 2.30 petang melibatkan hampir 400 penerima BR1M bagi setiap satu sessi.

Esok pagi (Ahad) akan berlangsung 2 sessi 800 yang melibatkan 800 lagi penerima bantuan BR1M Hulu Kelang.

Yang pasti ramai telah pulang dengan senyuman dan kesyukuran kerana BR1M.

1 comment:

  1. surat kelulusan brim 2.0 dh dpt. tp tiada maklumat tentang pengambilan voucher. dimana perlu ambil voucher ni bg penduduk taman permata, hulu kelang?

    ReplyDelete