2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :
i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama'-ulama' dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?
ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama' dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?
iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.
iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?
v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?
(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).
Salam.
ReplyDeleteSaya telah mendengar ucapan Tun M di Unimas yang mengundang pelbagai spekulasi.Perabadinya,ucapan Tun M tidak salah secara total bahkan benar & tepat pada satu sudut & kurang tepat pada sudut yang lain.Saya melihat,yang menyalahkan Tun kerana fokus mereka hanya pada perkataan "hudud".
Punca utama ajaran Islam ialah Quran & Hadis.Kita hanya dapat memahaminya melalui ajaran & didikan ulama'-ulama'.
Di sini,apa yang saya faham dari ucapan tersebut Tun M lebih merujuk kepada "Hudud Kelantan" yang dirangka oleh ulama'-ulama' politik Pas.Saya tidak nafikan Kesempurnaan Hukum Hudud,tapi yang dinafikan adalah pengaktaan Hudud Kelantan kerana banyak cacatnya.
Kita lihat Kedah,kenapa MB Ustaz Azizan tidak bersibuk-sibuk untuk merangka undang-undang hudud di Kedah?
Akhir kata,kenalilah ulama' yang tulen.Tidak semua pimpinan Pas ulama' melainkan sedikit sahaja.Tidak semua yang tidak sokong Pas itu tidak ulama'.Semua ulama' seluruh dunia dari dahulu sampai sekarang berusaha & berdakwah menyatukan umat tanpa mengira ideologi.
Bersatu teguh..Bercerai roboh.