Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 27, 2012

POLIS: Hanya satu syor, NFCorp tak perlu melatah

National Feedlot Corporation (NFCorp) tidak perlu melatah dengan cadangan awal polis agar pengerusi syarikat itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah kerana ianya hanyalah satu cadangan siasatan daripada polis untuk Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, siasatan itu hanyalah cadangan untuk rujukan Peguam Negara bagi membuat sebarang keputusan terhadap dakwaan pecah amanah itu, sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang atau tidak.

"Kalau mereka (NFCorp) tak puas hati, itu terpulang kepada dia. Kita tetap jalankan tugas kita, kalau tidak, buat apa kita siasat?" katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

NFCorp menerusi satu kenyataan semalam melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Syed Ismail sebelum ini supaya pengerusi syarikat itu, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT) kerana menyifatkan kenyataan itu sebagai terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

NFCorp mempersoalkan motif di sebalik kenyataan itu.
    
Isu NFCorp mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain terdapat dakwaan wujud penyelewengan peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta yang disalurkan kepada NFCorp.

Syed Azizan berkata, memang menjadi tugas polis untuk menyatakan beberapa cadangan dalam setiap kertas siasatan yang akan dihantar ke Peguam Negara.

"Apa-apa pun terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat sebarang keputusan terbaik," katanya.- Bernama
 
 
 
RockyKCD - Kan dah cakap :)

No comments:

Post a Comment