Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 27, 2012

NURUL IZZAH HAMPIR WARISI MATA LEBAM ANWAR IBRAHIM ?

Kalau bab menSENSASIkan cerita, PKR memang terhebat. Kisah ceramah Nurul Izzah yang diganggu di Kuantan dikaitkan pula dengan mata lebam Anwar Ibrahim semata-mata untuk meraih simpati rakyat.
 
Tetapi rakyat bukan bodo. Mana mungkin sesiapa dapat dekati Nurul Izzah semata-mata untuk memukul wakil rakyat Lembah Pantai itu dengan kawalan ketat oleh para penyokong mereka.
 
Lakonan dan pembohongan anak-beranak ini memang memualkan. Rakyat mahu wakil rakyat yang pro-aktif bukan jenis gila glamor untuk menaikkan rating semata-mata.
 
Hentikan propaganda murahan wahai Nurul Izzah. Adakah kamu mahu warisi gelaran 'Drama King" ayah kamu?

3 comments: