Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 27, 2012

Apa perlunya NFCorp GELABAH dengan kenyataan Polis?


National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) terkejut dengan tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam syarikat itu dan mencadangkan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail didakwa atas pertuduhan pecah amanah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat itu juga tertanya-tanya motif tindakan Syed Ismail berbuat demikian kerana pada masa yang sama beliau mengakui siasatan masih dijalankan.

‘‘NFCorp mempersoalkan kebijaksanaan dan motif kenyataan tersebut seolah-olah cuba merampas kuasa daripada Peguam Negara untuk membuat keputusan dalam isu tersebut.

‘‘Adakah Syed Ismail mahu membelakangkan Peguam Negara yang berkuasa untuk memutuskan sama ada wujud jenayah atau tidak dalam perkara tersebut seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang di bawah Perlembagaan,” katanya.

Berdasarkan laporan akhbar semalam, Syed Ismail mendakwa NFCorp telah menyalurkan peruntukan kepada syarikat yang tidak berkaitan.

Syed Ismail berkata, cadangan dakwaan terhadap Mohamed Salleh itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi menyiasat beberapa perkara lain.

Tambah kenyataan itu, Syed Ismail juga seperti sudah terlupa bahawa syarikat yang dikatakan tidak berkaitan adalah memang anak syarikat NFCorp. -UTUSAN MALAYSIA

RockyKCD - Kenapa pula NFCorp terkejut dengan kenyataan Polis. Polis sekadar MENCADANGKAN kepada pejabat Peguam Negara bersandarkan hasil siatan mereka? Pendakwaan di Mahkamah pula hanya boleh dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara. Jadi ianya adalah 2 perkara yang berbeza.

Jika rasa tidak bersalah, buat apa nak melompat tentang kenyataan pihak Polis. Pelik sungguh tindakbalas pihak NFCorp.

No comments:

Post a Comment