Bisik-Bisik Mingguan
SETELAH menonton debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP menerusi siaran langsung petang semalam, Awang dengan mudah boleh membuat rumusan.
Penampilan dan hujah-hujah Soi Lek jauh lebih menyakinkan. Awang teruja apabila beliau dapat menyanggah hampir kesemua persoalan yang dibangkitkan oleh Guan Eng.
Antara lain katanya, MCA bersama BN telah 63 tahun memerintah. Walaupun banyak kebaikan dilakukan, sudah tentu ada kelemahan dan kepincangan. Tetapi pakatan pembangkang yang baru tiga tahun mentadbir beberapa negeri, telah menyaksikan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa. "Jika kita beri 60 tahun lagi kepada mereka memerintah, rakyat akan jadi sangat susah dan menderita,'' tegas beliau.
Ekspresi wajah dan bahasa badan Soi Lek cukup tenang berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang. Karisma Soi Lek menyerlah. Pada masa yang sama, Guan Eng tidak dapat menyembunyikan elemen rasis ketika mengupas pandangannya dalam beberapa isu. Beliau juga gagal menjawab banyak persoalan ketika sesi soal-jawab bersama hadirin.
Apa pun Awang gembira kerana kedua-dua pemimpin sanggup tampil dalam upacara debat seperti itu. Ia budaya yang sihat sebagaimana amalan politik di Barat. Kepada Soi Lek dan Guan Eng, jika mahu sambung berdebat, silakan. Awang masih teruja. -UTUSAN ONLINE
Puak pencacai penetrasi rektrum (PR) selalu meroyan;
ReplyDeleteOrang Cina ada China Town di Petaling Street
Orang India ada Little India di Brickfield
Orang Melayu ada apa?
Jawapan Teman - Orang Melayu ada Felda, 98.25% keluarga Felda adalah Melayu Islam!. Sebab tu puak kapir harbi tak habis-habis guna Melayu haprak untuk serang Felda.
Fikir-fikirlah!