Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 13, 2012

Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali! Mana @AzminAli nak letak muka ???

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

 

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

 

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

 

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

2 comments:

  1. mak bapak azmin pun sumpah dia

    ReplyDelete
  2. APA YANG SAYA BOLEH KOMEN ADALAH AZMIN NI KURANG AJAR MUSIBATULLAH,LAKNATULLAH

    ReplyDelete