Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 13, 2012

Suara Keadilan tarik balik amanat palsu Anwar, SABOTAJ dari Azmin Ali ?

Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan yang pernah digantung permit penerbitan berjaya menempatkan kedudukan mereka sebagai 'Tabloid Politik Fitnah' nombor satu di Malaysia.

 

Yang paling terkini apabila akhbar itu menerbitkan amanat Anwar Ibrahim tetapi dinafikan oleh Penyelaras Media Anwar Ibrahim bahawa amanat tu datang dari pejabat Ketua Umum PKR.

 

Bagi saya, ini adalah balasan dunia terjadap kerja-kerja fitnah yang mereka lakukan selama ini. Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din pernah diFITNAH oleh Suara Keadilan berkaitan isu Utusan Malaysia.

 

Ada cakap-cakap kopi yang mengatakan bahawa amanat palsu itu HANYA mampu diterbitkan atas arahan pemimpin yang berkuasa sahaja. Selain dari Anwar, hanya Azmin Ali mampu bertindak demikian.

 

Mungkin Azmin geram dan panas hati kerana cita-citanya untuk menjadi pemimpin Agung PKR tidak tercapai disebabkan Anwar bebas dari tuduhan liwat.

 

Apa yang berlaku memang jelas perbuatan SABOTAJ. Azmin wajib menafikan jika bukan beliau yang rancang semua ini.
 
Yang pasti, Suara Keadilan terBUKTI penyebar FITNAH. Sanggup bersengkongkol untuk FITNAH bos mereka sendiri, Anwar Ibrahim !!!

 

 

 

Berita dari Mkini

 

Akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan menarik balik 'Amanat Anwar Ibrahim' yang disiarkan pada edisi 49 pada halaman 18 apabila menyedari ia bukannya amanat dari ketua pembangkang itu tetapi sebaliknya adalah palsu.

 

Dalam notis di laman web Suara Keadilan hari ini, akhbar itu berkata artikel 'Kenapa Perlu Tawan Putrajaya?' bukan ditulis oleh Anwar seperti yang didakwa.

 

Artikel satu muka surat penuh itu disiarkan pada edisi akhbar itu yang bertarikh 10 Jan.

 

Penarikan semula artikel itu memetik Penyelaras Media di Pejabat Anwar, Eekmal Ahmad berkata: "Kami nafi bahawa Amanat itu dari Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dari pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim."

 

Antara lain, menurut artikel itu, jika penulisnya sememangnya kaki liwat, adalah molek jika beliau menjalankan amalan seks luar tabiee itu di luar negara untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap.

 

"Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it's a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana.

 

"Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di negara sendiri, di negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga," petik artikel palsu itu.

 

Penulis juga kononnya mempersoalkan beberapa tuduhan palsu yang dilemparkan terhadapnya pada masa lalu.

 

"Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.," petik artikel palsu itu lagi.

 

Artikel berkenaan juga menyebut tentang bekas pemimpin PKR seperti Ezam Nor dan Datuk Zulkifli Nordin, lazimnya, Anwar akan mengelak daripada mengulas.

 

"Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.

 

"Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!" kata penulis itu.

 

Dalam notis di laman web Suara Keadilan, pihak pengarangnya juga memohon maaf atas kesilapan itu dan memohon pembaca supaya mengabaikan artikel berkenaan.

No comments:

Post a Comment