Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 23, 2012

Tolak Politik Fitnah! FITNAH dan RASIS WAJIB DITOLAK

Seperti pentas opera, pemimpin NGO tajaan Anwar Ibrahim dan PKR telah menghidu peluang untuk mewujudkan ketegangan kaum. HINDRAP yang terkenal sebagai puak pelampau di Malaysia dengan tuduhan dan FITNAH terhadap UMNO dilembukan.

Skrip sudah dibuat dan pelakon sudah ada. Cuma tempat dan waktu yang diperlukan.

Jalan Kebun dilihat sesuai kerana ianya sebuah perkampungan Melayu. Disitu skrip menghina dan memaki hamun orang Melayu akan dipentas. Para pelakonnya tidak lain tidak bukan ialah puak pelampau HINDRAP.

Dan apabila pentas mahu bermula, pelbagai hasutan dijalankan seolah-olah UMNO telah menindas kaum India di Malaysia.

Sekumpulan orang Melayu terasa dicabar kerana ada puak pelampau yang mahu bangkitkan ucapan perkauman. Malangnya, kumpulan orang Melayu ini sebenarnya sudah masuk kedalam perangkap yang memang dipasang oleh NGO yang kononnya BEBAS tetapi dibiayai dan dianggotai oleh ahli PKR.

Dan apabila tercetusnya sedikit perselisihan akibat dari propaganda berbaur perkauman dari puak pelampau dan NGO tajaan PKR, terus pembangkang menunding jari dan menabur fitnah bahawa 'INI KERJA UMNO' UMNO kene bertanggungjawab"

Rakyat mahu bertanya, adakah tuduhan dan FITNAH yang dilemparkan kepada UMNO ini seolah-olah kamu penguasa undang-undang yang tentu segala-galanya?

Adakah kamu ingat ini negeri MAK BAPAK kamu punya sesuka hati MAK BAPAK kamu tuduh pihak lain bertanggungjawab?

Ini lah politik kotor sosialis PKR! FITNAH dibuat sebagai jalan meraih kuasa dan harta dunia yang dijanjikan!

Apa jasa puak pelampau dan NGO tajaan Anwar Ibrahim kepada RAKYAT dan NEGARA selain dari menabur FITNAH?

RAKYAT akan hukum mereka dalam PRU 13 dan politik FITNAH WAJIB DITOLAK!!!

1 comment: