Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 16, 2012

ProGay Filipina gembira Anwar Bebas, langkah positif perjuangan HAK GAY

Rakyat tertanya-tanya apa sebab kumpulan GAY terbesar di Filiphina boleh gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim liwat ?

 

Adakah kerana kumpulan GAY ini menyatakan sokongan bahawa perbuatan liwat 'suka sama suka' oleh Anwar Ibrahim wajar dihalalkan di Malaysia?

 

Adakah kumpulan GAY ini merasakan bahawa tidak demokratik perbuatan GAY Anwar dibicarakan di Mahkamah dan undang-undang GAY dan HOMOSEKSUAL adalah undang-undang LAPOK?

 

Biasanya, hanya GAY mengenali dan menyokong spesis mereka :)
 
eeeeeeeeeeeee geli aku daaaaaaaa

 

 

ProGay Filipina gembira Anwar Bebas

 

Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

 

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

 

''Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau," demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

 

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

 

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

 

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

 

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia - Utusan.

 

 

1 comment:

  1. Pemimpin Pas sendiri tahu masalah moral anwar tetapi sebab mabuk kuasa terus halal perbuatan homoseksual dan zina anwar

    ReplyDelete