Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 16, 2012

Battle of Gombak: Hasan & Azmin Ali, Saari Sungib dan UMNO Gombak

Salam dan bertemu kembali.

 

Ramai yang tidak mnyedari bahawa krisis dalaman pakatan pembangkang yang melibatkan ADUN Gombak Setia, Dr. Hasan Ali sebenarnya berkait rapat dengan Gombak sehingga membawa kepada pemecatan beliau dari PAS.

 

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dilihat punca bermulanya kepada permasalahan yang berlaku apabila mengumumkan bahawa Hasan Ali tidak akan dicalonkan semula walaupun nama beliau jarang disebut atau dikaitkan dalam isu ini. Setakat berita dari sumber rasmi PAS, Saari Sungib sekadar diberi amaran sahaja.

 

Ini membawa kepada perbalahan antara Hasan Ali dengan pimpinan PAS Pusat sehingga memaksa Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan supaya Hasan Ali diambil tindakan. Hasilnya, ADUN Gombak Setia yang juga exco Kerajaan Negeri Selangor dipecat oleh PAS tanpa ruang pembelaan yang luas.

 

Begitu hebat 'Battle of Gombak' yang telah menjadi pentas drama politik antara wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang di Gombak.

 

Apa yang menarik minat saya ialah tentang kekuatan dan pengaruh Azmin Ali di peringkat nasional terutamanya dikalangan pemimpin parti-parti pakatan pembangkang. Ramai berpandangan bahawa Hasan Ali dipecat atas desakan PKR. Malah Hasan Ali dalam satu kenyataannya menyebut bahawa 'beliau dipecat kerana Anwar Ibrahim. Perkara ini saya biarkan kita semua menilaikannya.

 

Persoalan yang masih belum terjawab di kotak pemikiran saya ialah, bagaimana pula kekuatan Azmin Ali sebagai ahli Parlimen Gombak ? Mampukah beliau mengetuai pakatan pembangkang mempertahankan rekod bersih 4-0 kerusi-kerusi yang dipertandingkan di Gombak?

 

Kita tinggalkan dulu persoalan-persoalan itu untuk analisa akan datang dan mari fokus kepada persiapan jentera UMNO Gombak.


UMNO GOMBAK

Sejak tirai 2012 dibuka, jentera UMNO Gombak yang dikepalai oleh Haji Rahim Kamarudin dilihat sudah mula digerakkan secara agresif. Banyak program-program dilaksanakan hampir setiap hari di Peti Daerah Mengundi (PDM) dalam usaha untuk meraih kembali sokongan rakyat Gombak kepada Barisan Nasional terutamanya golongan anak muda.

 

Seperti yang pernah saya sebutkan dalam penulisan yang lepas, UMNO Gombak dipaksa berkerja keras memandangkan Gombak kini telah menjadi kubu kuat pembangkang. Lebih-lebih lagi melihat kepada wakil-wakil rakyat yang sedia ada seperti Hasan Ali (sebelum dipecat), Azmin Ali dan Saari Sungib yang jelas terkenal di arena politik Malaysia.

 

Masih terlalu awal untuk kita analisa kedudukan terkini sokongan rakyat kepada UMNO Gombak walaupun program mereka dilihat mendapat sambutan penduduk setempat. Manakala jentera pakatan pembangkang tidak nampak agresif seperti biasa. Mungkin mereka memberi tumpuan kepada perhimpunan menjelang keputusan kes perbicaraan Liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Isnin lalu.

 

Melihat kepada senario politik mutakhir ini, jelas bahawa saya telah tersilap membuat kesimpulan tentang 'Battle of Gombak' tanpa menyedari bahawa pertarungan pra PRU 13 sebenarnya melibatkan wakil-wakil Rakyat pakatan pembangkang di Gombak, buat masa ini.

 

Oh Ya ! Saya tidak pernah sebut nama ADUN Batu Caves dari PKR sebab memang tidak terlintas di pemikiran ini. Mungkin saya akan cuba mengenali beliau melalui enjin carian Google. Tetapi di manakah beliau sedang 'bersembunyi'?

 

Salam dan bertemu lagi.
 
Artikel yang dipetik dari Kritis-Online

No comments:

Post a Comment