Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, January 15, 2012

Azmin Ali biaDAP dan PEMBOHONG - Awang Selamat


ENTAH mengapa makin ramai orang meluat kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Dua isu terbaru menjadikan beliau politikus yang dilihat paling angkuh dan mencurigakan.

Pertama, Azmin sekali lagi menghina negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan ‘kepala otak kau’. Tidak lama dulu, beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat ketika mantan Perdana Menteri itu uzur dan dirawat di hospital.

Pada Awang, pemimpin yang biadab terutama kepada orang yang lebih berusia dan banyak berjasa kepada negara, tidak ada kelas.

Sebenarnya ramai yang cukup kenal Azmin termasuk puluhan bekas pemimpin PKR. Pada mereka, dia sangat bercita-cita tinggi dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat menjadi Presiden PKR bahkan Perdana Menteri, suatu hari nanti. Dalam PKR sendiri, beliau mempunyai ramai musuh disebabkan pembawaannya itu. Maka banyak cerita berkaitan Azmin dijaja daripada kepincangan sehinggalah kepada isu peribadi. Antaranya kisah misteri belum terbongkar melibatkan orang tertentu yang ada kaitan dengan Azmin.

Menurut mereka, Azmin banyak menghina dirinya sendiri atas apa yang berlaku. Isu kedua, tindakan beliau mempermainkan polis berhubung perhimpunan Bebaskan Anwar 901. Berdasarkan kenyataan dan bukti yang polis keluarkan, Timbalan Presiden PKR itu berbohong apabila mendakwa tiada syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa memberi kebenaran kepada perhimpunan tersebut. Pemimpin sepatutnya menjadi contoh yang baik tetapi Azmin bertindak sebaliknya.

Kalau di negara lain, sangat sukar untuk pemimpin pembangkang berbohong secara terang-terangan kerana implikasinya besar. Rakyat akan menolak dan menjatuhkan penghinaan kepada pemimpin yang tidak punya integriti. Tetapi anehnya, di Malaysia, ada pemimpin jenis itu. Muka tebal.

2 comments:

  1. Susah la pengundi kita terutama Melayu.....orang pembohong ke,penzina ke,bila cakap kata ~ini perjuangan Islam~....habis...terus dia pangkah selalu.Bodoh punye Melayu.Ptut le , P.Ramlee dah lama lelong orang Melayu,Zaman moden ini ada pulak dah pemimpin melayu nak lelong orang melayu.he..he...he.

    ReplyDelete
  2. PENGANUT PEMBANGKANG NI TERLAMPAU TAKSUB SAMPAI APA YG BANGSAT NI BUAT PUN DIORANG KIRA SEBAGAI BERAMAL IBADAT...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete