Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, January 10, 2012

Hasan Ali dipecat demi Anwar, Kini Sekularisme dijunjung PAS.

Perjuangan PAS semakin tempang. Laungan dan janji 'Negara Islam' dan 'Hukum Hudud' semakin pudar. Malah majoriti pimpinan PAS juga seakan sudah tidak kisah lagi manifesto menegakkan negara Islam yang selama ini mereka percaya dan perjuangkan.

 

'Perjanjian Syaitan' yang dilakukan bersama sosialis PKR dan chauvinis DAP nampak berjaya mengubah haluan perjuangan PAS. Demi mengukuhkan ikatan perjanjian ini, Dr. Hasan Ali dijadikan kambing hitam dengan tindakan pecat oleh PAS TANPA cukup ruang untuk bela diri.

 

Ini lah bukti kezaliman dalam PAS. Inilah bukti golongan sekular telah menguasai kepimpinan dan minda pimpinan PAS. Inilah bukti demokrasi sudah mati dalam PAS. Inilah bukti kepimpinan PAS adalah maksum dan tidak boleh ditegur. Inilah bukti ajaran Islam dibakulsampahkan oleh PAS dengan penerimaan anutan sekularisme demi undi dan kuasa !!!

 

Dan inlah bukti kukuh Mursyidul Am PS semakin nyanyuk kerana anggap perbuatan Hasan Ali 'TIDAK SENONOH' hanya kerana menolak Anwar Ibrahim dan mahu presiden PAS menjadi Perdana Menteri.

 

Persoalannya adakah perbuatan khalwat Mat Sabu bersama bini orang adalah perbuatan yang SENONOH?
 
Oh ya! Undi PAS masuk SYURGA :) dan Hasan Ali mungkin tidak berpeluang lagi.

 

 

 

Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim

 

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

 

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

 

"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

 

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

 

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

 

Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.

 

Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan' dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.

 

"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

 

"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.

 

Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS sendiri.

 

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam semalam sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

 

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

 

"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

 

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota Umno.

 

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya.

 

Ibrahim pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.

 

"Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya. - Bernama

3 comments:

  1. minda hijrah tu, maksudnya hijrah menjadi bangang la, ek.. akai tak cukup la, hang ni..

    ReplyDelete
  2. thanks atas komen yang membina :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete