Minda Hijrah Headline Animator

Monday, January 16, 2012

HASAN ALI AKUI ANWARISME KUASAI PIMPINAN PAS

Dah berbuih mulut. Dah penat tangan menaip untuk sampaikan kisah benar bahawa PAS tidak lagi SUCI. PAS kini tidak lebih dari LEMBU tunggangan PKR dan DAP.

Perjuangan Negara ISLAM dan perlaksanaan Hukum HUDUD sudah dibakulsampahkan !!!

Ini bukan UMNO yang cakap. Ini diSAHkan sendiri oleh bekas Naib Presiden PAS dan bekas EXCO kerajaan Negeri Selangor. Bukan calamg-calang orang.

Sampai bila penyokong tegar PAS nak insaf?

Baca berita selanjutnya dibawah!

Bekas pemimpin PAS Selangor,  Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata dia akan menjelajah ke suluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar terhadap sebab pemecatannya oleh PAS yang disifatkan tidak adil.

Dalam sidang media di kediamannya, Hasan menuduh pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila dia tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Menurut Hasan (gambar), pemecatannya adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan "autokratik" pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas.

"Saya tiada kepentingan tersendiri. Saya akan mulakan jelajah ke seluruh negara, dan setakat ini saya telah menerima jemputan di Sabah .... untuk menjelaskan keadaan sebenar institusi berkenaan, sama ada mereka mampu untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan kedaulatan institusi Raja.

"PAS seharusnya menjadi bertanggungjawab terhadap aspek-aspek terbabit, tetapi mereka gagal ...  saya akan turut menjelaskan sejauh mana PKR dan DAP telah mempengaruhi PAS dalam jelajah tersebut," katanya.

Hasan turut menuduh "parasit" berkenaan telah menyerap ke dalam parti dan menundukkannya terhadap kehendak mereka dan mengubah perjuangan Islam PAS.

"Pemecatan saya adalah kerana saya mengatakan perbicaraan pemimpin PKR itu adalah perkara peribadi beliau.

"(Tapi) sekarang, terdapat proses "pengAnwarisasi" berlaku dalam PAS," kata Hasan, dan menuduh keputusan parti tersebut telah dipengaruji Anwar.

Hasan turut menjelaskan, pihaknya sudah menerima surat rasmi dari istana Selangor hati ini yang menyatakan pemecatannya sebagai exco negeri berkuatkuasa hari ini.

"Saya merasakan, pengguguran saya sebagai exco adalah bertentangan degan perundangan PAS, yang mana akan tamat pada hari terakhir rayuan saya ... (tapi) saya tiada sebarang masalah digugurkan sebagai exco," tambahnya.

Tambah Hasan, dia akan gunakan kedudukannya sebagai orang kanan NGO Himpun sebagaiplatform baginya menyuarakan pendapatnya, dan dia belum terfikir untuk menyertai PAS semula buat masa ini.

"Bila PAS kembali ke landasan asalnya, kemudian baru Hasan Ali akan mengisi borang keahlianya," tambahnya lagi. -TMI

No comments:

Post a Comment