Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, December 13, 2011

PKR & DAP hanya untuk KRONI dan ANAK-BERANAK

Serangan Pengerusi DAP, 'Godfather' Karpal Singh keatas seorang lagi pemimpin India berpengaruh yang juga Timbalan Menteri Penang, Prof Rama mencetuskan polemik bahawa ini semua dirancang untuk memberi laluan kepada anak Karpal Singh iaitu Gobind Deo yang juga MP Puchong untuk menguasai Penang, seperti yang dilakukan oleh Lim Kit Siang kepada anaknya yang kini adalah KM Penang sekarang.

 

Perkara ini pernah belaku dalam DAP ketika Lim Kit Siang berkuasa dengan penyingkiran cara halus pemimpin seperti TS Lee lam Thye, YB Wee Chee Keong dan ramai lagi untuk menyediakan laluan kepada anaknya Lim Guan Eng dan menantu beliau, Betty Chew..

 

Anwar Ibrahim juga melakukan perkara yang sama semasa pemilihan PKR yang menyaksikan Zaid Ibrahim dan YB Gobala bertindak keluar parti. Sebelum itu beberapa wakil rakyat juga bertindak demikian seperti YB Zulkifli Noordin dan YB Zaharin yang juga bekas Setiausaha Agung PKR. Semua ini dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk memudahkan laluan kroninya Azmin Ali dan anaknya Nurul Izzah. Ini juga untuk memastikan kedudukan isteri beliau, Wan Azizah sebagai Presiden PKR tidak tergugat.

 

Apa yang diperjelaskan disini bukannya Fitnah. Ini adalah fakta dan peristiwa yang telah berlaku. Ini lah realiti yang berlaku dalam PKR & DAP. Ianya amat jarang berlaku dalam BN mahu pun PAS. Anak2 pemimpin dalam BN mahupun PAS hanya aktif selepas bapa mereka bersara termasuk mantan PM, Tun Dr Mahathir, mantan Presiden Gerakan, Tun Lim Keng Yik, Allahyarham Dato Fadhil Noor dan Allahyarham Yusof Rawa dari PAS. Kesemua anak2 mereka hanya aktif selepas bapa mereka tidak lagi aktif dalam politik.

 

Dinasti Lim, Singh dan Anwar yang dibina dalam politik hanya akan merosakkan negara dan rakyat. Peluang pemimpin yang berkaliber utk memimpin parti dipersetankan demi kroni dan anak beranak. Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, sejarah telah membuktikannya.

 

Ketiga-tiga mereka ini bertindak seperti 'Godfather' dalam parti masing-masing.seolah-olah parti PKR dan DAP milik keluarga mereka. Dan rakyat akan bangkit menghukum mereka.

1 comment: